Hati budi Melayu: kajian keperibadian sosial Melayu ke arah penjanaan Melayu gemilang

Hashim Hj. Musa, and Normahdiah Sheik Said, and Rozita Che Rodi, and Siti Sarah Ab Karim, (2012) Hati budi Melayu: kajian keperibadian sosial Melayu ke arah penjanaan Melayu gemilang. GEMA: Online Journal of Language Studies, 12 (1). pp. 163-182. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
95kB

Official URL: http://www.ukm.my/ppbl/Gema/gemacurrentissues.html

Abstract

Artikel ini menelusuri warisan sifat keperibadian sosial orang Melayu yang tersemai dalam hati budinya tau “psyche”, dan terjelma dalam tindak-tanduk, budi pekerti, budi bahasa, nilai, norma, pemikiran dan ilmunya. Hashim Hj. Musa (2008) berdasarkan kajian tentang puisi Melayu tradisional yang menyentuh tentang simpulan bahasa, pepatah, dan pantun Melayu lama, telah menubuhkan dua puluh enam (26) teras hati budi Melayu. Orang-orang yang menghayatinya pula dianggap mempunyai nilai etika, moral dan akhlak yang tinggi dan dipandang mulia oleh masyarakat. Mereka itu dinamakan sebagai orang ‘budiman’ iaitu berbudi pekerti dan adab sopan yang mulia, berbudi bahasa dan budi bicara yang santun, bernas dan berwibawa, dan berhati budi yang tinggi dan bijaksana. Namun sifat ini boleh terhakis disebabkan oleh sifat dalaman yang buruk, dan juga oleh pengaruh luaran yang asing, seperti yang pernah terjadi dalam sejarah yang telah menyebabkan kejatuhan kerajaan Melaka, dan dalam zaman kini muncul dalam pelbagai gejala sosial yang buruk. Demi meneliti keadaan hati budi orang Melayu, kajian ini dilakukan untuk mengukur sejauh mana keakuran atau penyimpangan teras hati budi Melayu dalam kalangan orang Melayu kini. Hasil penyelidikan awal menunjukkan bahawa orang Melayu masih ada agamanya, nilai murninya, hakikat ilmunya tetapi masih agak lemah dari segi didikan yang menyebabkan kerosakan dalam tingkah laku dan budi pekerti. Oleh yang demikian daya usaha pemupukan kembali 26 teras hati budi itu pada masa kini sangat mendesak demi menjana dan membina umat Melayu masa depan yang gemilang.

Item Type:Article
Keywords:hati budi Melayu; nilai murni; puisi Melayu; penyakit hati; perisian penilaian kendiri.
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:3269
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:11 Jan 2012 04:53
Last Modified:14 Dec 2016 06:34

Repository Staff Only: item control page