Goh, Sang Seong (2012) Kebolehterjemahan budaya tabiat Bahasa Cina-Bahasa Melayu. GEMA: Online Journal of Language Studies, 12 (1). pp. 183-199. ISSN 1675-8021
|
PDF
123kB |
Official URL: http://www.ukm.my/ppbl/Gema/gemacurrentissues.html
Abstract
Makalah ini membincangkan kajian tentang kebolehterjemahan budaya tabiat yang tergolong dalam kata kerja. Dengan memanfaatkan satu himpunan teori yang merangkumi konsep penterjemahan, teori semantik dan teori sosiolinguistik, unit linguistik yang mengandungi unsur budaya tabiat daripada Shui Hu Zhuan (Hikayat Pinggir Air) telah dikutip dan dianalisis. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan sampel budaya tabiat dalam bahasa Cina bersifat tidak boleh terjemah kedalam bahasa Melayu. Tahap kebolehterjemahan unsur budaya ini banyak bergantung pada kewujudan bentuk dan fungsi budaya bahasa sumber dalam jaringan sosiolinguistik bahasa sasaran. Apabila bentuk dan fungsi budaya tabiat bahasa Cina juga wujud dalam bahasa Melayu, tahap kemungkinan boleh terjemahannya adalah lebih tinggi dibandingkan dengan bentuk dan fungsi budaya tabiat bahasa Cina yang tidak wujud dalam jaringan sosiolinguistik bahasa Melayu.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | kebolehterjemahan; budaya tabiat; analisis komponen makna; pernyataan lojik predikat. |
Journal: | GEMA ; Online Journal of Language Studies |
ID Code: | 3270 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 11 Jan 2012 04:56 |
Last Modified: | 14 Dec 2016 06:34 |
Repository Staff Only: item control page