Penggunaan bahan pembelajaran dalam kursus Bahasa Arab

Ghazali Yusri, and Nik Mohd Rahimi, and Parilah M. Shah, and Muhammad Arsyad Abdul Majid, and Wan Haslina Wah, (2012) Penggunaan bahan pembelajaran dalam kursus Bahasa Arab. GEMA: Online Journal of Language Studies, 12 (1). pp. 215-233. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
110kB

Official URL: http://www.ukm.my/ppbl/Gema/gemacurrentissues.html

Abstract

Kursus bahasa Arab di Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan satu subjek elektif kepada pelajar peringkat ijazah sarjana muda. Objektif kajian ini adalah untuk menilai kadar kekerapan penggunaan bahan pembelajaran bahasa Arab dalam konteks kemahiran lisan di UiTM. Ia berbentuk kajian kuantitatif dan kualitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik, temu bual dan pemerhatian di dalam kelas. Bagi data kuantitatif, teknik pensampelan rawak berstrata digunakan, melibatkan seramai 455 orang pelajar dan 48 orang pensyarah. Manakala bagi data kualitatif pula, ia melibatkan 13 siri temu bual pelajar dan lapan temu bual pensyarah. Pemerhatian di dalam kelas pula membabitkan 12 siri pemerhatian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa hanya penggunaan buku teks sahaja berada pada kadar kekerapan yang tinggi, manakala bahanbahan yang lain berada pada kadar kekerapan yang rendah. Ini menunjukkan bahawa pembelajaran adalah berdasarkan kandungan buku teks semata-mata. Kajian ini mencadangkan beberapa langkah penambahbaikan dalam penggunaan bahan pembelajaran kemahiran lisan bahasa Arab di UiTM seperti penggunaan bahan yang bersifat autentik melalui medium komputer dan Internet. Penggunaan buku teks pula adalah sebagai panduan semata-mata dan bukanlah matlamat akhir pembelajaran. Bahan pembelajaran juga perlu menyokong minat, keperluan dan motivasi pelajar. Mereka juga perlu mempunyai autonomi dalam memilih bahan yang mereka perlukan dan minati.

Item Type:Article
Keywords:penggunaan bahan pembelajaran; pembelajaran bahasa Arab; kemahiran lisan bahasa Arab; bahan pembelajaran autentik; autonomi pelajar.
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:3272
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:11 Jan 2012 05:06
Last Modified:14 Dec 2016 06:34

Repository Staff Only: item control page