“Saya suka tapi tak bangga” – satu kajian sikap bahasa

Lam, Kai Chee and Kamila Ghazali, (2012) “Saya suka tapi tak bangga” – satu kajian sikap bahasa. GEMA: Online Journal of Language Studies, 12 (1). pp. 275-293. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
119kB

Official URL: http://www.ukm.my/ppbl/Gema/gemacurrentissues.html

Abstract

Kajian ini menyelidik tentang sikap bahasa komuniti atas talian yang berbangsa Cina diKuching, Sarawak. Variasi-variasi yang dikaji ialah bahasa Mandarin Standard, bahasa Mandarin basahan, dialek Hokkien, dan dialek Kantonis. Instrumen pengumpulan data terdiri daripada ujian matched-guise (kaedah tidak langsung) dan soal selidik (kaedah langsung). Sejumlah 403 responden mengambil bahagian dalam survei kajian ini.Dapatan berdasarkan ujian matched-guise dengan sokongan daripada maklum balas responden dalam soal selidik mencadangkan faktor-faktor sosial iaitu kumpulan umur dan taraf sosioekonomi mempunyai pengaruh ke atas penilaian variasi-variasi. Secara keseluruhannya, bahasa Mandarin Standard dan dialek Kantonis dinilai ‘tinggi’ dan ‘positif’ secara konsisten dari kedua-dua dimensi status dan kekitaan, sementara dialek Hokkien dan bahasa Mandarin basahan pula dilaporkan sebagai lebih menyerlah dari dimensi kekitaan berbanding status.

Item Type:Article
Keywords:sikap bahasa; Kuching; komuniti atas talian; survei; kaedah tidak langsung
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:3275
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:11 Jan 2012 06:38
Last Modified:14 Dec 2016 06:34

Repository Staff Only: item control page