Analisis struktur teks dalam kemahiran membaca teks ekonomi

Wan Normeza Wan Zakaria, and Nor Aishah Buang, (2012) Analisis struktur teks dalam kemahiran membaca teks ekonomi. GEMA: Online Journal of Language Studies, 12 (1). pp. 295-309. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
102kB

Official URL: http://www.ukm.my/ppbl/Gema/gemacurrentissues.html

Abstract

Setiap teks pembelajaran mempunyai kerangka maklumat yang ingin disampaikan oleh penulis kepada pelajar. Kerangka maklumat inilah yang membentuk struktur teks. Justeru pelajar yang membaca teks perlu mengenal pasti kerangka maklumat ini yang terkandung dalam struktur teks untuk membantu mereka memahami teks secara lebih mendalam. Kajian ini bertujuan mengenal pasti kerangka struktur teks ekonomi yang digunakan oleh pelajar yang mengambil mata pelajaran Ekonomi. Topik yang dijadikan model analisis struktur teks ialah topik Pasar Persaingan Sempurna. Reka bentuk kajian ini ialah reka bentuk analisis kandungan, iaitu menganalisis jenis struktur teks setiap unit dan hubungan struktur teks antara unit-unit dalam topik Pasar Persaingan Sempurna. Kajian mendapati struktur teks unit terdiri dari teks jenis Huraian, Senarai, Sebab-akibat dan Urutan. Manakala hubungan struktur teks antara unit terdiri dari jenis Huraian, Sebab-akibat, Pengetahuan pra dan pengetahuan pos, dan Urutan. Implikasi kajian ini ialah pelajar yang membaca teks ekonomi perlu mengenal pasti ciri-ciri struktur teks ekonomi untuk memudahkan mereka memahami maklumat pembelajaran Ekonomi.

Item Type:Article
Keywords:kemahiran membaca; strategi membaca; kefahaman kandungan teks; analisis struktur teks; buku teks.
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:3276
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:11 Jan 2012 06:41
Last Modified:14 Dec 2016 06:34

Repository Staff Only: item control page