Membina kemahiran pertuturan menerusi aktiviti lakonan dalam pengajaran Bahasa Arab

Azani Ismail @ Yaakub, and Azman Che Mat, and Mat Taib Pa, (2012) Membina kemahiran pertuturan menerusi aktiviti lakonan dalam pengajaran Bahasa Arab. GEMA: Online Journal of Language Studies, 12 (1). pp. 325-337. ISSN 1675-8021

[img]
Preview
PDF
204kB

Official URL: http://www.ukm.my/ppbl/Gema/gemacurrentissues.html

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk melihat permasalahan bahasa dan sikap pelajar bahasa Arab menerusi aktiviti lakonan. Aktiviti lakonan merupakan strategi pengajaran yang berpusatkan pelajar dan memberi lebih ruang kepada pelajar untuk meneroka kemahiran bahasa. Bagi mendapatkan data kajian, teknik rakaman dan soal selidik digunakan. Responden kajian melibatkan 30 pelajar sekolah Menengah tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur. Melalui aktiviti ini dapat dikenal pasti kesukaran yang dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran bahasa Arab. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa para pelajar bersikap positif terhadap aktiviti lakonan digunakan dalam pembelajaran bahasa Arab.

Item Type:Article
Keywords:sikap; berpusatkan pelajar; aktiviti lakonan; kemahiran bahasa; pembelajaran bahasa Arab.
Journal:GEMA ; Online Journal of Language Studies
ID Code:3278
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:11 Jan 2012 06:53
Last Modified:14 Dec 2016 06:34

Repository Staff Only: item control page