Kekuatan geomekanik batuan granit dan syis di Semenanjung (Geomechanical strength of granites and schists of Peninsular Malaysia)

Goh, T.L and Ghani Rafek .A, and Hariri Arifin .M, (2012) Kekuatan geomekanik batuan granit dan syis di Semenanjung (Geomechanical strength of granites and schists of Peninsular Malaysia). Sains Malaysiana, 41 (2). pp. 193-198. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/contents.html

Abstract

Kekuatan geomekanik bahan batuan memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kestabilan struktur seperti pemotongan cerun dan pengorekan bukaan dalam jasad batuan. Ciri kekuatan jasad batuan di mana struktur-struktur ini dibina adalah dipengaruh oleh ciri bahan dan keadaan luluhawa. Kertas ini memperkenalkan hasil kajian sistematik pengkuantitatifan ciri-ciri mekanik batuan granit dan syis segar dan terluluhawa sedikit daripada beberapa lokaliti di Semenanjung Malaysia. Sejumlah 1,013 ujian kekuatan geomekanik telah dijalankan untuk bahan batuan segar dan terluluhawa sedikit dengan menggunakan ujian kekuatan mampatan sepaksi, ujian kekuatan regangan Brazil dan indeks kekuatan beban titik. Analisis statistik hasil ujian pada aras keyakinan 95 peratus memaparkan bahawa purata kekuatan mampatan granit segar dan terluluhawa sedikit ialah 113.6±7.0 dan 68.9±3.6 MPa, sementara nilai bagi syis segar dan terluluhawa sedikit pula ialah 137.3±9.2 dan 84.8±5.1 MPa. Seterusnya, nilai purata kekuatan regangan granit segar dan terluluhawa sedikit ialah 8.8±0.4 dan 5.3±0.1 MPa manakala nilai purata syis segar dan terluluhawa ialah 17.1±0.9 dan 10.5±0.4 MPa. Purata kekuatan beban titik granit segar dan terluluhawa sedikit ialah 9.4±0.30 dan 5.6±0.10 MPa manakala nilai syis segar dan terluluhawa sedikit ialah 10.9±0.42 dan 7.0±0.10 MPa. Hasil kajian menunjukkan bahawa kekuatan geomekanik bahan batuan segar menyusut lebih kurang 1/3 setelah tahap perluluhawaan bahan batuan tersebut menurun ke peringkat luluhawa sedikit

Item Type:Article
Keywords:Granit; ujian indeks kekuatan beban titik; ujian kekuatan mampatan sepaksi; ujian kekuatan regangan Brazil; syis
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3290
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:12 Jan 2012 03:30
Last Modified:14 Dec 2016 06:34

Repository Staff Only: item control page