Kajian ekologi nyamuk aedes di Senawang, Negeri Sembilan, Malaysia (Ecology survey on Aedes Mosquito in Senawang, Negeri Sembilan)

Mazrura Sahani, and Hidayatulfathi Othman, and Nadia Atiqah Mohd. Nor, and Rozita Hod, Zainudin Mohd. Ali, and Mohamad Naim Mohamad Rasidi, and Er, Ah Choy (2012) Kajian ekologi nyamuk aedes di Senawang, Negeri Sembilan, Malaysia (Ecology survey on Aedes Mosquito in Senawang, Negeri Sembilan). Sains Malaysiana, 41 (2). pp. 261-269. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/

Abstract

Kajian ekologi nyamuk merupakan kajian yang penting dalam merangka sesuatu aktiviti kawalan penyakit bawaan nyamuk. Satu kajian ekologi nyamuk Aedes telah dijalankan di Senawang, Negeri Sembilan dari Julai 2009 hingga Febuari 2010. Senawang terletak di pinggir bandaraya Seremban yang merupakan kawasan perindustrian kecil dan sederhana dengan jumlah penduduk yang padat. Kajian ekologi vektor ini bertujuan menentukan komposisi nyamuk secara keseluruhan terutamanya kepadatan populasi Aedes, masa kemuncak gigitan nyamuk, mengenal pasti kehadiran tempat pembiakan nyamuk dan menentukan hubung kait antara nyamuk Aedes dengan faktor persekitarannya seperti suhu, kelembapan relatif, halaju angin dan curahan hujan. Pensampelan nyamuk Aedes menggunakan empat kaedah iaitu perangkap cahaya (CDC), tangkapan nyamuk berumpan kaki (BLC), ovitrap dan kajian Aedes. Terdapat dua spesies nyamuk di lokasi kajian yang didominasi oleh Ae. albopictus (93.29%) dan Ae. aegypti (0.11%). Terdapat dua masa kemuncak gigitan nyamuk Ae. albopictus iaitu awal pagi (0700-0900 pagi) dan lewat petang (jam 1700-1900). Suhu persekitaran, kelembapan relatif dan kelajuan angin didapati mempunyai kaitan dengan gigitan nyamuk Aedes pada perumah (p < 0.05). Taburan hujan didapati tidak mempunyai hubungan dengan kepadatan nyamuk Aedes (r = -0.137, n =6 , p > 0.05). Kepadatan nyamuk Ae. albopictus adalah tinggi di lokasi kajian dengan Indeks Ovitrap 100% bagi kesemua stesen. Kajian Aedes mendapati daripada 30 bekas yang positif larva, 93.33% daripadanya didominasi oleh Ae. albopictus. Kajian ini menunjukkan kepadatan Ae. albopictus adalah tinggi dan berpotensi membawa penyakit demam denggi dan chikungunya di lokasi kajian. Penjagaan persekitaran perlu ditekankan kepada masyarakat setempat untuk mengawal penyebaran penyakit-penyakit tersebut.

Item Type:Article
Keywords:Demam denggi; ekologi nyamuk; nyamuk Aedes
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3300
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:12 Jan 2012 04:22
Last Modified:14 Dec 2016 06:34

Repository Staff Only: item control page