Asal-usul raja, negeri dan adat istiadat Kesultanan Perak: beberapa variasi dalam pengekalan dan penyimpangan sumber tradisi

Jelani Harun, (2011) Asal-usul raja, negeri dan adat istiadat Kesultanan Perak: beberapa variasi dalam pengekalan dan penyimpangan sumber tradisi. SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 29 (1). pp. 3-35. ISSN 0127-2721

[img]
Preview
PDF
145kB

Official URL: http://www.sarionline.ukm.my/

Abstract

Sumber tradisi masih memainkan peranan penting dalam pengukuhan institusi kesultanan Melayu yang telah bertapak di Alam Melayu sejak ratusan tahun dahulu. Dari satu sudut, sumber tradisi boleh menjadi bahan perbandingan kepada dokumen sejarah dan sosio-budaya yang sedia ada. Dari satu sudut yang lain, sumber tradisi juga berperanan sebagai medium pengenalan sejarah budaya bangsa yang kaya dengan nilai dan sistem kepercayaannya, selaras dengan pemikiran “sejarah budaya baru” yang semakin mendapat tempat sekarang. Sumber tradisi yang dimaksudkan merangkumi pelbagai hasil persuratan istana dan juga maklumat-maklumat lisan masyarakat Melayu masa silam. Kebanyakan sumber adalah berasal-usul daripada mitos, legenda dan cerita-cerita lisan masyarakat lampau yang sukar untuk dibuktikan kebenarannya. Cerita hanya dipercayai benar-benar berlaku suatu masa dahulu dan diwarisi secara lisan dari satu generasi ke satu generasi. Dalam proses tersebut, pelbagai tokok tambah berlaku sehingga mewujudkan versiversi cerita yang berbeza-beza antara satu sama lain, termasuk apabila ceritacerita lisan tersebut dipindahkan ke dalam bentuk tulisan. Salah satu kepentingan sumber tradisi Melayu dikesani wujud dalam konteks asal-usul raja, negeri dan adat istiadat kesultanan Perak yang memperlihatkan beberapa variasi dalam pengekalan dan penyimpangannya. Kajian ini adalah berasaskan dua buah naskhah yang lahir dari tradisi istana Perak iaitu Susunan Yang Pertama Adat Lembaga Orang-Orang Melayu di Dalam Negeri Perak Darul Ridzuan Daripada Zaman Purbakala dan Salasilah Raja Perak Berhubungan Dengan Sayid-Sayid Chandaryang.

Item Type:Article
Keywords:Sumber tradisi; kesultanan Melayu; alam Melayu; dokumen sejarah; sejarah budaya baru
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:3307
Deposited By: Ms Rusiah Husin
Deposited On:12 Jan 2012 08:11
Last Modified:14 Dec 2016 06:34

Repository Staff Only: item control page