Undang-undang bagi diri kerajaan Terengganu 1911: kuasa raja dan pengaruh Islam dalam sebuah kerajaan Melayu

Hashim Musa, and Adi Yasran Abdul Aziz, (2011) Undang-undang bagi diri kerajaan Terengganu 1911: kuasa raja dan pengaruh Islam dalam sebuah kerajaan Melayu. SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 29 (1). pp. 67-77. ISSN 0127-2721

[img]
Preview
PDF
407kB

Official URL: http://www.sarionline.ukm.my/

Abstract

Undang-Undang bagi diri kerajaan Terengganu (Itqân al-mulûk bi ta‘dîl al-sulûk) bertarikh 11 Zulkaedah 1329 H atau 2 November, 1911 M, merupakan sebuah teks bercetak, ditulis atas perintah Sultan Terengganu Sultan Zainal ‘Abidin III (1881 – 1918). Kandungannya terdiri daripada satu prakata, satu mukadimah, 53 Fasal dan satu Khatimah. Isinya jelas mengandungi pengaruh Islam dalam banyak aspek, manakala mempertahankan adat warisan Melayu dalam beberapa aspek. Undang-Undang ini digubal atas perintah Sultan Terengganu untuk melawan pengaruh kuasa barat yang cuba untuk mendominasi negeri-negeri Melayu khususnya negeri Terengganu pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 Masihi. Artikel ini tidak akan mengupas semua isi kandungan Undang-Undang ini, hanya memfokuskan kepada dua aspek iaitu pengaruh Islam dalam penggubalannya dan kuasa Sultan dalam pelantikan dan penolakan calon ke jawatan Menteri Besar.

Item Type:Article
Keywords:Teks undang-undang; tatanegara; perlembagaan; negara persekutuan; negara unitari; negeri Terengganu; Majlis Syura
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:3309
Deposited By: Ms Rusiah Husin
Deposited On:13 Jan 2012 07:09
Last Modified:14 Dec 2016 06:34

Repository Staff Only: item control page