Bahasa Melayu dalam perlembagaan persekutuan: kedudukan dan peranannya dalam konteks komunikasi perpaduan

Nazri Muslim, and Zaharah Hassan, and Abdul Latif Samian, (2011) Bahasa Melayu dalam perlembagaan persekutuan: kedudukan dan peranannya dalam konteks komunikasi perpaduan. SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 29 (1). pp. 103-120. ISSN 0127-2721

[img]
Preview
PDF
112kB

Official URL: http://www.sarionline.ukm.my/

Abstract

Perkara 4(1) menjelaskan bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang utama persekutuan dan semua undang-undang yang diluluskan selepas merdeka dan yang berlawanan dengan perlembagaan ini hendaklah terbatal setakat mana yang berlawanan itu. Berpegang atas prinsip ini, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan perlu diiktiraf dan berperanan dalam memupuk perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat Malaysia. Pemimpin terdahulu juga menyedari bahawa perlunya diwujudkan bahasa kebangsaan untuk menjadi bahasa pertuturan umum dan bahasa rasmi negara bagi menyatupadukan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum. Maka, hasil permuafakatan perlembagaan ini, telah diterima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang disentuh dalam Perkara 152. Dalam konteks masyarakat majmuk, kelihatan sukar untuk setiap etnik berkompromi dalam hal budaya dan agama kerana ia amat sensitif. Maka, hanya bahasa yang boleh dikompromi untuk dikongsi bersama iaitu bahasa Melayu sebagai alat penyatuan etnik di Malaysia. Justeru, artikel ini akan memperincikan lagi dan mengingatkan semula tentang kedudukan bahasa Melayu dalam perlembagaan dengan merujuk kepada peruntukan-peruntukan yang terdapat dalam perlembagaan dan kerelevanannya dalam memupuk perpaduan kebangsaan.

Item Type:Article
Keywords:Perlembagaan; bahasa Melayu; Perkara 152; kontrak sosial; perpaduan; hubungan etnik
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:3311
Deposited By: Ms Rusiah Husin
Deposited On:13 Jan 2012 07:23
Last Modified:14 Dec 2016 06:34

Repository Staff Only: item control page