Penemuan seramik China di Kampung Sungai Mas, Kota Kuala Muda, Kedah

Zuliskandar Ramli, and Farhana Abdullah, and Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, and Asyaari Muhamad, (2011) Penemuan seramik China di Kampung Sungai Mas, Kota Kuala Muda, Kedah. SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 29 (1). pp. 181-199. ISSN 0127-2721

[img]
Preview
PDF
137kB

Official URL: http://www.sarionline.ukm.my/

Abstract

Kegemilangan Sungai Mas sebagai sebuah tapak penting zaman proto-sejarah pada tahun 1979 apabila projek pembinaan tali air di Kampung Sungai Mas, Kota Kuala Muda Kedah telah menemukan pelbagai jenis artifak seperti pecahan seramik perdagangan asing, bahan binaan candi, pelbagai jenis manik dan serpihan kaca yang dipercayai dari Timur Tengah, tembikar tanah dan arca agama. Inskripsi Sungai Mas I yang telah diberi pentarikhan relatif abad ke 6 atau ke 7 Masihi juga telah ditemui secara tidak sengaja oleh penduduk kampung. Kajian seterusnya dilakukan oleh Jane Allen, dari Amerika Syarikat dengan Jabatan Geografi, Universiti Malaya di mana penyelidikan tersebut adalah berkaitan “Trade transportation and tributaries: exchange, agriculture and settlement distribution in early historic-period Kedah, Malaysia”. Beliau telah melaporkan sebanyak 12 buah tapak bersama jumpaan artifak yang terdiri daripada bahan binaan, seramik asing, tembikar tanah, kaca, manik dan batu bersurat di kawasan kampung Sungai Mas. Kajian diteruskan oleh kumpulan arkeologi UKM dan Jabatan Muzium Malaysia mendapati Sungai Mas merupakan tapak tanah bersejarah yang merupakan bandar pelabuhan Kedah purba terawal di Lembah Bujang. Keadaan ini dibuktikan dengan penemuan pelbagai jenis artifak pecahan seramik yang merupakan data yang bernilai tinggi. Di antara bukti penting terhadap kewujudan Sungai Mas sebagai pelabuhan purba ialah penemuan Seramik China dari zaman Dinasti Tang (618-906 A.D.) dan Dinasti Sung (960-1279 A.D.), Yuan (1271-1368 A.D.), Dinasti Ming (1368-1644 A.D.) dan Dinasti Ching (1644-1911 A.D.). Jenis seramik China yang sering dijumpai di Sungai Mas ialah stoneware, celadon, Qing Pai dan porselin. Seramik Timur Tengah abad 8 hingga 9 Masihi, berwarna biru atau hijau dan pecahan kaca (Islamic glass) pelbagai warna juga ditemui. Malahan kajian perbandingan yang dilakukan oleh penyelidik tempatan mendapati bahawa seramik China yang ditemui di Sungai Mas mempunyai banyak persamaan di seluruh Asia Tenggara dalam zaman tersebut. Hal ini mengukuhkan lagi bukti bahawa Sungai Mas merupakan sebuah pelabuhan entrepot yang terpenting di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.

Item Type:Article
Keywords:Sungai Mas; seramik China; Lembah Bujang; entrepot
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:3315
Deposited By: Ms Rusiah Husin
Deposited On:13 Jan 2012 07:46
Last Modified:14 Dec 2016 06:34

Repository Staff Only: item control page