Kualiti hidup nelayan di Sumatera Barat: kekangan dan adaptasi

Noviarti, and Jamaluddin Md. Jahi, and Abd. Rahim Md. Nor, (2011) Kualiti hidup nelayan di Sumatera Barat: kekangan dan adaptasi. SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 29 (1). pp. 245-257. ISSN 0127-2721

[img]
Preview
PDF
111kB

Official URL: http://www.sarionline.ukm.my/

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji kekangan persekitaran dan strategi adaptasi dalam kalangan isi rumah nelayan dalam meningkatkan kualiti hidup. Kajian dijalankan terhadap 271 isi rumah nelayan di Kota Padang, Sumatera Barat,Indonesia. Data dikumpul melalui borang soal selidik. Kekangan persekitaran fizikal dan sosial menjadi kekangan utama pada kualiti hidup isi rumah nelayan dari semasa ke semasa. Hasil kajian mendapati bahawa untuk mempertingkatkan kualiti ekonomi keluarga, strategi adaptasi yang dilakukan adalah melalui penglibatan ahli isi rumah bekerja. Didapati 36.9 peratus nelayan melakukan kerja sampingan selain menjadi nelayan. Disamping itu penglibatan ahli keluarga yang bekerja adalah 44.3 peratus, isteri yang bekerja dan anak yang bekerja 17.3 peratus untuk memberikan sumbangan terhadap peningkatan ekonomi keluarga. Disarankan pemerintah memberikan tumpuan yang tepat dalam pemerkasaan isi rumah nelayan dengan mengambilkira aspek keadaan persekitaran pada petempatan nelayan yang tinggal di bandar dan luar bandar.

Item Type:Article
Keywords:Kualiti hidup; komuniti nelayan; petempatan; kekangan; adaptasi
Journal:International Journal of the Malay World and Civilisation (Formerly SARI)
ID Code:3318
Deposited By: Ms Rusiah Husin
Deposited On:13 Jan 2012 08:00
Last Modified:14 Dec 2016 06:34

Repository Staff Only: item control page