Kapal dan pengertiannya: satu pengungkaian mengikut perspektif Al-Quran

Asmar, Abdul Rahim and Mahmud Zuhdi, Mohd Nor (2011) Kapal dan pengertiannya: satu pengungkaian mengikut perspektif Al-Quran. Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat, 15 . pp. 19-30. ISSN 1394-7729

[img]
Preview
PDF
499kB

Abstract

Dalam konteks bidangkuasa sivil admiralti, kapal memiliki personalitinya yang tersendiri. Hal ini menjadikan kapal boleh ditahan dan kapal bertanggungan terhadap liabiliti yang timbul tanpa melibatkan kehadiran pemiliknya. Oleh itu status dan maksud kapal sangat penting bagi bidangkuasa admiraliti. Memandangkan maksud sebuah kapal bersifat umum, ciri struktur dan tujuan navigasi dijadikan sandaran utama dalam memutuskan samada sesuatu struktur itu adalah kapal atau sebaliknya dalam bidangkuasa admiraliti. Selanjutnya di dalam konteks Al-Quran, kapal juga turut mendapat maksud dan tempat istimewa. Penemuan dan penyenaraian sejumlah ayat berkaitan kapal telah dikenalpasti dan didapati mempunyai dua ciri sebagaimana yang difahami dalam perihalan admiraliti. Hal ini menimbulkan satu persoalan samada dua ciri ini merupakan satu petunjuk dan panduan daripada Al-Quran dalam konteks admiraliti. Objektif rencana ini adalah menganalisa persoalan yang dikemukakan dengan merujuk kepada ayat-ayat pilihan sebagai sokongan dan pembuktiannya.

Item Type:Article
Keywords:Kapal bidang kuasa sivil; tujuan navigasi; admiraliti; Al-Quran
Subjects:K Law > K Law (General)
Journal:Jurnal Undang-undang dan Masyarakat
ID Code:3323
Deposited By: Ms Norliah Sukarno
Deposited On:01 Mar 2012 05:35
Last Modified:14 Dec 2016 06:34

Repository Staff Only: item control page