Integrasi kadar pulangan dan kebolehgantian deposit perbankan Islam dengan deposit perbankan konvensional

Mansor Jusoh, and Antoni, and Norain Mod Asri, (2010) Integrasi kadar pulangan dan kebolehgantian deposit perbankan Islam dengan deposit perbankan konvensional. Jurnal Ekonomi Malaysia, 44 . ISSN 0127-1962

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/penerbit/JEM/JEM-44-02-abstrak.h...

Abstract

Sistem perbankan di Malaysia agak unik dalam erti kata antara hanya beberapa negara perbankan Islam dan perbankan konvensional wujud bersama-sama dalam satu sistem. Perbezaan prinsip dan amalan dalam urusniaga deposit perbankan Islam dan perbankan konvensional menjadikan deposit masing-masing berbeza. Kajian ini menggunakan kaedah sebab-menyebab Granger yang mengambil kira kointegrasi untuk menganalisis perkaitan antara kadar bunga deposit perbankan konvensional dengan kadar pulangan deposit perbankan Islam di Malaysia. Kajian ini juga menyiasat kebolehgantian antara deposit perbankan Islam dengan deposit perbankan konvensional. Kebolehgantian dimodelkan menggunakan sistem persamaan bahagian permintaan deposit tabungan dan deposit bermasa bagi kedua-dua kategori perbankan dan dianggarkan dengan kaedah SUR. Kajian mendapati wujud hubungan kointegrasi antara kadar bunga dengan kadar pulangan bagi deposit yang sama tempoh matang. Walaupun kadar bunga lebih mempengaruhi kadar pulangan dalam jangka panjang, namun perubahan kadar bunga bukanlah semata-mata faktor yang menjelaskan perubahan jangka pendek kadar pulangan deposit perbankan Islam. Kajian juga mendapati deposit perbankan Islam lebih anjal kekayaan berbanding deposit perbankan konvensional. Deposit perbankan Islam dan deposit perbankan konvensional yang sama tempoh matang adalah pengganti lemah antara satu sama lain sehingga dapat dirumuskan bahawa deposit perbankan Islam bukanlah sekadar penggenap tetapi turut berfungsi sebagai pengganti dan boleh menjadi alternatif kepada deposit perbankan konvensional.

Item Type:Article
Keywords:integrasi; kadar pulangan; kebolehgantian; sebab-menyebab Granger, SUR
Journal:Jurnal Ekonomi Malaysia
ID Code:3369
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:18 Jan 2012 07:16
Last Modified:20 Mar 2012 04:04

Repository Staff Only: item control page