Abdul Ghafar Haji Don, and Syabudin Gade, and Ahmad Redzuwan Mohd Yunus, (2011) Dakwah brsepadu: Model dakwah alternatif menghadapi budaya hedonisme. Al-Hikmah, 3 . pp. 9-21. ISSN 1985--6822
Full text not available from this repository.
Abstract
Kecenderungan manusia mencari "kelazatan", "keseronokan" (pleasure) dan "kegembiraan" (happiness) pada asasnya merupakan salah satu fitrah yanga ada pada setiap manusia, tanpa mengambil kira muslim ataupun bukan. Dalam konteks hari ini, kecenderungan umat Islam untuk mencari dan memilih "kelazatan" dan "kegembiraan" hidup --sama ada sedar ataupun tidak --sering terperosok dalam arus budaya "hedonisme" yang diasosiasikan dengan sikap mencari dan memilih "kelazatan" dan "kegembiraan" hidup mengatasi segala-galanya. Padahal, budaya "hedonisme" ini akan meninggalkan impak negatif terhadap kehidupan manusia sama dalam skala mikro (diri pribadi dan keluarga) mahupun dalam skala makro (masyarakat dan bangsa). Hal ini merupakan tugas dakwah yang mesti segera diantisipasi atau diberikan obat yang tepat --meskipun berat --supaya mereka tidak terpengaruh atau kembali ke jalan kebenaran. Oleh itu, persoalan yang hendak dijawab dalam tulisan ini adalah bagaimanaka menjalankan dakwah dalam menghadapi kecendemngan umat Islam mengikuti gaya hidup "hedonism"? Sebagai jawaban terhadap persoalan ini akan dipaparkan model "dakwah bersepadu" (integrated preaching), iaitu; dakwah sama ada konsep mahupun praktiknya dibentuk dan dikelola dengan memperhatikan prinsip ke jasama, kombinasi ataupun penggabungan pelbagai unsur dakwah (pelaku dakwah, mad'u, tujuan, pesan, metode dan media dakwah) di mana setiap unsur itu mestilah difahami, dipersiapkan dan dijalankan secara bersepadu sehingga menjadi suatu sistem dakwah Islamiah yang kukuh. Semua unsur dakwah; da'i, mad'u, pesan, matlamat (tujuan), metode dan media dakwah yang dibina dan diaktualkan secara bersepadu akan memberi implikasi positif terhadap upaya meredam, mengantisipasi atau mengurangi budaya hedonisme dalam kalangan umat Islam.
Item Type: | Article |
---|---|
Journal: | Jurnal Al-Hikmah |
ID Code: | 3412 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 27 Jan 2012 07:25 |
Last Modified: | 03 Feb 2012 03:55 |
Repository Staff Only: item control page