Shofian Ahmad, (2011) Falsafah dakwah dalam ekonomi Islam. Al-Hikmah, 3 . pp. 45-55. ISSN 1985--6822
Full text not available from this repository.
Abstract
Dakwah merupakan mekanisma untuk menyebarluaskan syariat Islam dimuka bumi. Skop dakwah tidak hanya terbatas kepada bidang tertentu sahaja, bahkan ia meliputi segenap bidang kehidupan manusia sesuai dengan ajaran Islam yang bersifat syumul. Bidang ekonomi turut berperanan sebagai medium dakwah yang terbaik dalam Islam. Melalui konsep-konsep serta prinsip-prinsip asas ekonomi Islam yang diletakkan oleh para fuqaha serta ahli ekonomi Islam, memperlihatkan falsafah dakwah dalam sistem ekonomi. Di sinilah terletak perbezaan dan keistimewaan sistem ekonomi Islam berbanding sistem-sistem lain yang tidak mengaitkan nilai-nilai dakwah (agama) menerusi aktiviti ekonomi mereka. Kajian ini bertujuan menganalisa konsep-konsep serta prinsip-prinsip asas yang terdapat dalam sistem ekonomi Islam sebagai satu medium dakwah menerusi bidang ekonomi. Untuk tujuan tersebut, kajian ini akan menggunakan metod kepustakaan bagi mengenalpasti falsafah dakwah Islam yang dikaitkan dengan konsep-konsep serta prinsip-prinsip asas dalam ekonomi Islam.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Ekonomi ; Dakwah |
Journal: | Jurnal Al-Hikmah |
ID Code: | 3414 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 27 Jan 2012 07:38 |
Last Modified: | 19 Feb 2012 04:36 |
Repository Staff Only: item control page