Persepsi pelajar non-muslim terhadap Agama Islam di Universiti Multimedia, Melaka

Shahrul Anuar Mohamed, and Sazelin Arif, and Ahmad Ridzwan Mohd Noor, (2011) Persepsi pelajar non-muslim terhadap Agama Islam di Universiti Multimedia, Melaka. Al-Hikmah, 3 . pp. 57-76. ISSN 1985--6822

Full text not available from this repository.

Abstract

Kajian ini membincangkan persepsi pelajar non-Muslim terhadap agama Islam di Universiti Multimedia, Melaka. Metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian lapangan yang menggunakan instrumen soal selidik. Hasil kajian mendapati persepsi mereka terhadap agama adalah negatif, iaitu sebanyak 15.8%. Kajian juga mendapati dalam sesetengah aspek, mereka dapat menerima Islam dengan terbuka misalnya dalam aspek kebaikan akhlak Islam, dasar-dasar Islam (kewajipan solat, puasa dan haji) dan juga dapat berhubung baik dengan rakan Muslim mereka yang lain. Selain itu, dapatan membuktikan melalui sesi perkuliahan para pensyarah Muslim boleh berinteraksi dengan pelajar non-Muslim untuk berdakwah. Manakala HEP pula, melalui Badan Surau Universiti Multimedia turut berperanan menggerakkan Dakwah kepada non-Muslim melalui jawatankuasa yang mendapat kelulusan penuh daripada pihak universiti. Di akhir kajian, penulis mencadangkan saranan-saranan yang berkisar dalam aspek pendakwah, sasaran dakwah, kandungan dan metode dakwah kepada pelajar non-Muslim.

Item Type:Article
Keywords:Dakwah Non-Muslim, Islam
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:3415
Deposited By:Mr Azam
Deposited On:27 Jan 2012 15:44
Last Modified:03 Feb 2012 12:09

Repository Staff Only: item control page