Kedudukan pemikiran al-Ash'ari dan al-Maturidi dalam Mazhab ahli Sunnah Waljamaah

Zakaria Stapa, (2011) Kedudukan pemikiran al-Ash'ari dan al-Maturidi dalam Mazhab ahli Sunnah Waljamaah. Islamiyyat : Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies, 33 . pp. 37-44. ISSN 0216-5636

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/ijis

Abstract

Kebelakangan ini terdapat gerakan terancang untuk menafikan kedudukan al-Ash'ari dan al-Maturidi dalam keseluruhan kerangka mazhab Ahli Sunnah Waljamaah. Hal ini terjadi berpunca daripada pemikiran akidah kedua-dua tokoh besar ini yang dilihat seboaai terlibat dengan penggunaan akal, dan kerana itu mereka dikatakan tergolong ke dalam golongan Mutakallimun yang dikategorikan oleh gerakan ini sebagai terkeluar daripada mazhab Ahli Sunnah Waljamaah. Sekalipun dalam sejarah pemikiran Islam sudah amat kukuh dan jelas kedudukan kedua-dua tokoh besar ini sebagai tokoh utama Ahli Sunnah Waljamaah, namun gugatan pihak yang berhasrat menafikan kedudukan kedua-dua tokoh tersebut berjalan lancar dengan penerbitan buku-buku yang memuatkan tuduhan-tuduhan liar terhadap kedua-dua mereka yang dilabelkan sebagai Ahli Bidah, Ah1 al-Ahwa 'yang sama taraf dengan golongan al-Jahmiyyah. a1-Mutazilah, al-Muji'ah, Syiah, al-Karamiyyah, al-Mushabbihah dan lain-lain golongan yang menyeleweng. Sesungguhnya apa yang sebenar berlaku ialah bahawa kedua-dua tokoh besar Ahli Srrnnah Waljamaah ini menerima sepenuhnya manhaj golongan Salaf yang berpegang kepada nas dalam hal yang berkaitan dengan akidah; di samping mereka juga mengunakan akal untuk menyokong dan memperkukuhkan nas. Manhaj al-Ash'ari dan al-Maturidi dalam membincangkan persoalan akidah ini adalah satu pendekatan terbaik kerana ia merupakan jalan tengah di antara dua ekstrim: Penggunaan nas sahaja dan penggunaan akal sahaja, yang kedua-duanya mempunyai kelemahan yang tersendiri. Manhaj kedua tokoh besar ini jelas lebih berwibwa dan berautoriti apabila didapati al-Qur'an sendiri mengiktiraf dan menggesa penggunaan akal untuk meneguhkan pegangan akidah; di samping golongan Salaf al-Salih, termasuk al-Sahabah sendiri juga menggunakan akal dalam berhujah mempertahankan pegangan akidah. Oleh itu. gugatan pihak tertentu untuk mempertikaikan kedudukan al-Ash'ari dan al-Maturidi dalam mazhab Ahli Sunnah Waljamaah adalah satu kerja nakal yang tidak berfaedah dan perlu dibenteras.

Item Type:Article
Keywords:Kedudukan; pemikiran. al-Ash 'ari; al-Maturidi. Ahli Sunnah Waljamaah
Journal:Islamiyyat ; Jurnal Antarabangsa Pengajian Islam; International Journal of Islamic Studies
ID Code:3425
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:30 Jan 2012 08:11
Last Modified:03 Feb 2012 03:08

Repository Staff Only: item control page