Kelas intervensi awal membaca dan menulis (KIA2M): satu kajian kes di Sekolah Rendah Kebangsaan Nanga Meluan

Sharifah Nor Puteh , and Juti Ranti , (2009) Kelas intervensi awal membaca dan menulis (KIA2M): satu kajian kes di Sekolah Rendah Kebangsaan Nanga Meluan. International Journal of Learner Diversity , 1 (1). pp. 189-206. ISSN 2180-1630

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/fpendidikan/bm/index.php

Abstract

Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) yang diperkenalkan mulai tahun 2006 adalah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia membantu murid Tahun I menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia bagi menangani masalah keciciran rnurid menguasai kemahiran 2M. Orientasi pendekatan KIA2M berbentuk penyelesaian masalah melalui pengajaran semula secara intensif kemahiran asas membaca dan menulis yang sepatutnya telah pun dikuasai oleh murid. Tujuan kajian ini adalah untuk menilaipelaksanaan Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M) di sebuah sekolah rendah dipedalaman. Dapatan kajian mendapati kemajuan literasi murid yang pernah mengikuti program KIA2M mulai tahun 2006 di sekolah tersebut amat menggalakkan di mana majoriti murid telah menguasai kemahiran membaca dun menulis dengan baik. Artikel ini juga membincangkan bagaimana guru-guru yang mengendalikan KIA2M di Sekolah Rendah Kebangsaan Nanga Meluan berupaya membimbing murid menguasai kemahiran membaca dun menulis dengan baik.

Item Type:Article
Keywords:Intervensi awal; kemahiran asas membaca dun penggabungjalinan kepelbagaian bahan sumber; sekolah rendah; Malaysia
Journal:International Journal of Learner Diversity
ID Code:3433
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:31 Jan 2012 02:23
Last Modified:23 Mar 2012 06:08

Repository Staff Only: item control page