Pengoptimuman portfolio dengan pengelasan saham dan menggunakan ukuran risiko berbeza (Portfolio optimisation with stock classification and using different risk measures)

Lum , Ji Seng and Saiful Hafizah Jaaman, (2011) Pengoptimuman portfolio dengan pengelasan saham dan menggunakan ukuran risiko berbeza (Portfolio optimisation with stock classification and using different risk measures). Journal of Quality Measurement and Analysis, 7 (2). pp. 23-38. ISSN 1823-5670

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/ppsmfst/jqma/index2.html

Abstract

Matlamat utama pelabur pastinya untuk memaksimumkan pulangan pelaburan dan meminimumkan risiko. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk menentukan komposisi peratusan pelaburan satu portfolio optimal dengan menggunakan tiga model ukuran risiko berbeza, iaitu min-varians (MV), min sisihan mutlak (MAD), dan minimaks dengan saham- saham dibahagi kepada empat kategori, iaitu kategori saham mewah, saham bertahan, saham berkitar, dan saham kupang. Data kajian adalah harga tutup mingguan dari tahun 2005 sehingga 2009 bagi 20 saham syarikat yang dikelaskan kepada empat kategori dengan setiap kategori diwakili oleh lima saham syarikat. Pulangan mingguan serta tahap risiko dikenal pasti menggunakan pendekatan ketiga-tiga jenis ukuran risiko. Bagi tujuan perbandingan, data mingguan indeks komposit Kuala Lumpur digunakan. Seterusnya portfolio optimum dijana menggunakan ketiga-tiga ukuran risiko MV, MAD dan minimaks. Berdasarkan keputusan yang diperoleh, didapati model ukuran risiko minimaks bagi kes memaksimumkan kadar pulangan minimum portfolio merupakan model yang paling sesuai berbanding dengan dua lagi model ukuran risiko, iaitu MV dan MAD. Selain merekodkan nilai prestasi yang paling tinggi, model ukuran risiko menggunakan minimaks juga menghasilkan komposisi portfolio optimum yang lebih menyeluruh merangkumi kesemua empat kategori saham syarikat.

Item Type:Article
Keywords:Pengoptimuman portfolio; pengelasan saham; ukuran risiko
Journal:Journal of Quality Measurement and Analysis
ID Code:3441
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:03 Feb 2012 03:24
Last Modified:19 Feb 2012 04:18

Repository Staff Only: item control page