Pendekatan dakwah Al-Ghazali kepada golongan pemerintah

Salasiah Hanin Hamjah, (2010) Pendekatan dakwah Al-Ghazali kepada golongan pemerintah. Al-Hikmah, 2 . pp. 51-67. ISSN 1985--6822

Full text not available from this repository.

Official URL: http;//www.fpi.ukm.my

Abstract

Pelbagai pendekatan dakwah perlu dipraktikkan dalam usaha mengembalikan umat Islam mengamalkan ajaran Islam sebenar dalam kehidupan. Salah satu golongan sasaran dakwah yang tidak sepatutnya dilupakan ialah golongan pemerintah yang mempunyai kuasa untuk mentadbir negara mengikut . acuan mereka. Golongan ini tidak seharusnya diabaikan teiutama dalam memperingatkan mereka supaya menjalankan tugas dengan penuh amanah, dedikasi dan bertanggungjawab selari dengan prinsip syariat. Ini kerana kesejahteraan masyarakat dan negara adalah banyak bergantung kepada pemimpinnya. Justeru itu, kertas kerja ini akan mengupas pendekatan dakwah al-Ghazali kepada golongan pemerintah di zamannya di mana al-Ghazali memberi nasihat secara langsung kepada pemerintah menerusi penulisan buku dan surat dengan menekankan aspek dakwah secara al-hihah. Selain itu, kajian ini juga bertujuan membincangkan beberapa pengajaran yang dapat diambil daripada pendekatan dakwah al-Ghazali tersebut. Akhimya, kajian ini diharapkan dapat memberikan idea dalam melahirkan strategi yang berkesan untuk berdakwah kepada golongan pemerintah dan dalam masa yang sama pemerintah juga dapat menerima kritikan daripada masyarakat dengan hati terbuka untuk tujuan memantapkan lagi pemerintahan dan memperkemaskan hubungan baik antara orang yang dipimpin dengan orang yang memimpin negara.

Item Type:Article
Keywords:Dakwah al-Ghazali
Journal:Jurnal Al-Hikmah
ID Code:3444
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:03 Feb 2012 03:43
Last Modified:03 Apr 2012 08:34

Repository Staff Only: item control page