Nur Jumaadzan Zaleha Mamat , and Chong , Fei Sze (2011) Pendekatan penyelidikan operasi dalam pengurusan sumber kedai komputer (Operational research approaches in a computer Shop’s resource management). Journal of Quality Measurement and Analysis, 7 (2). pp. 99-109. ISSN 1823-5670
Full text not available from this repository.
Official URL: http://www.ukm.my/ppsmfst/jqma/index2.html
Abstract
Keberkesanan dan kepentingan kaedah Penyelidikan Operasi dalam pengurusan sesebuah organisasi telah lama diperakui, baik oleh para akademik mahu pun bukan akademik. Di antaranya adalah untuk melicinkan operasi harian dan membantu meminimumkan jumlah kos inventori. Kajian ini mencadangkan penyelesaian masalah inventori dan pengagihan tugasan kepada pekerja sebuah kedai komputer, Command Com Technology (M) Sdn. Bhd. Kaedah Penyelidikan Operasi pertama yang digunakan adalah Model Kuantiti Pesanan Ekonomik untuk menentukan bilangan pesanan optimum pemacu kilat USB (Kingston, 4GB) dan masa yang sesuai untuk membuat tempahan supaya kedai komputer ini dapat meminimumkan jumlah kos inventori pemacu kilat tersebut. Kaedah kedua ialah Kaedah Hungarian, digunakan untuk membantu pemilik kedai mengagihkan kerja kepada kakitangannya dengan tujuan meminimumkan jumlah masa menyelesaikan kerja mereka sebelum operasi kedai bermula setiap hari. Selain daripada dua kaedah tersebut, empat kriterium analisis keputusan turut digunakan untuk membantu menentukan sama ada pemilik kedai tersebut memerlukan pekerja baru, dengan harapan untuk memaksimumkan jumlah hasil jualan.
Item Type: | Article |
---|---|
Keywords: | Penyelidikan operasi; model kuantiti pesanan ekonomik; kaedah Hungarian; analisis keputusan |
Journal: | Journal of Quality Measurement and Analysis |
ID Code: | 3451 |
Deposited By: | Mr Azam |
Deposited On: | 03 Feb 2012 04:08 |
Last Modified: | 19 Feb 2012 04:57 |
Repository Staff Only: item control page