Keberkesanan kaedah pengukuran dan penilaian hasil pembelajaran- hasil program (CO-PO)

Seri Mastura Mustaza, and Aini Hussain, and Hafizah Husain, and Siti Salasiah Mokri, (2012) Keberkesanan kaedah pengukuran dan penilaian hasil pembelajaran- hasil program (CO-PO). AJTLHE: ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 4 (1). pp. 61-68. ISSN 1985-5826

[img]
Preview
PDF
113kB

Official URL: http://www.ukm.my/jtlhe/Current.aspx

Abstract

Pembelajaran Berasaskan Hasil (PBH) merupakan satu pendekatan menyeluruh bagi mengurus dan mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran yang fokusnya adalah untuk menghasilkan pelajar yang berjaya mendemonstrasikan hasil pembelajaran dengan berkesan. Penilaian dan pengukuran ialah dua aspek penting dan dititikberatkan dalam PBH bagi memastikan hasil pembelajaran kursus (CO) dan seterusnya hasil program (PO) dicapai. Justeru, satu kaedah yang menggabungkan dua kaedah penilaian langsung dan tidak langsung telah dibangunkan untuk tujuan tersebut. Kaedah tidak langsung dikenali sebagai Penilaian Kendiri Pelajar (PKP) dan kaedah langsung merupakan kaedah penilaian summatif yang menggunakan gred akhir (GA). PKP adalah sebuah instrumen untuk menilai pencapaian pelajar secara kendiri berdasarkan sasaran CO yang telah digariskan dalam setiap kursus. Di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem, PKP telah digunakan untuk mengukur pencapaian CO secara tidak langsung dan seterusnya dikaitkan dengan pencapaian hasil program (PO). Kertas kerja ini bertujuan mengkaji keberkesanan instrumen PKP serta pencapaian GA sebagai kaedah mengukur pencapaian CO-PO. Tujuh kursus yang ditawarkan pada Semester 2 Sesi 2008/2009 telah dipilih secara rawak untuk tujuan kajian. Analisis maklum balas PKP serta perbandingan dengan GA menunjukkan kaedah ini adalah kurang sesuai untuk mengukur dan menilai pencapaian CO-PO. Walau bagaimanapun, gabungan kedua-duanya didapati sesuai untuk memantau dan menilai pengendalian sesuatu kursus di mana perbezaan besar (>10%) antara keputusan PKP akhir dengan GA boleh dijadikan sebagai petunjuk keperluan melakukan penambahbaikan terhadap pengendalian kursus tersebut. Kesimpulannya, satu penambahbaikan diperlukan untuk memastikan CO-PO dapat diukur dan dinilai secara lebih objektif dan langsung.

Item Type:Article
Keywords:hasil pembelajaran kursus (CO); hasil program (PO); penilaian kendiri pelajar (PKP)
Journal:Asian Journal of Teaching and Learning in Higher Education
ID Code:3462
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:03 Feb 2012 08:21
Last Modified:14 Dec 2016 06:34

Repository Staff Only: item control page