Perbandingan kemahiran generik pelajar opsyen bahasa Melayu di sebuah IPTA dan IPGM

Zamri Mahamod, and Anisah Alias, and Nur Ehsan Mohd Said, (2012) Perbandingan kemahiran generik pelajar opsyen bahasa Melayu di sebuah IPTA dan IPGM. AJTLHE: ASEAN Journal of Teaching and Learning in Higher Education, 4 (1). pp. 82-95. ISSN 1985-5826

[img]
Preview
PDF
96kB

Official URL: http://www.ukm.my/jtlhe/Current.aspx

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perbandingan kemahiran generik pelajar-pelajar opsyen Bahasa Melayu yang belajar di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Tiga kemahiran generik digunakan bagi membuat perbandingan, iaitu kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berkumpulan. Seramai 127 orang pelajar dijadikan responden kajian. Daripada jumlah tersebut, seramai 77 orang pelajar IPTA dan 50 orang pelajar IPGM. Instrumen MyGSI digunakan. dalam mengukur perbandingan kemahiran generik pelajar opsyen Bahasa Melayu ini. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dengan menggunakan kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar IPTA lebih banyak menggunakan ketiga-tiga kemahiran generik berbanding pelajar IPGM.

Item Type:Article
Keywords:Bahasa Melayu; Institut Pendidikan Tinggi Awam; Institut Pendidikan Guru Malaysia; kemahiran generik; kajian perbandingan
Journal:Asian Journal of Teaching and Learning in Higher Education
ID Code:3464
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:03 Feb 2012 08:34
Last Modified:14 Dec 2016 06:34

Repository Staff Only: item control page