Daripada ‘alam darjat’ kepada ‘alam fizikal’: analisis semantik kognitif (From ‘supreme world’ to ‘physical world’: a cognitive semantic analysis)

Nor Hashimah Jalaluddin, and Zaharani Ahmad, and Anida binti Sarudin, (2011) Daripada ‘alam darjat’ kepada ‘alam fizikal’: analisis semantik kognitif (From ‘supreme world’ to ‘physical world’: a cognitive semantic analysis). Jurnal Melayu, 8 . pp. 1-26. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
603kB

Official URL: http://www.ukm.my/e-melayu/

Abstract

Artikel ini membicarakan perubahan makna pada kata serapan asing dalam bahasa Melayu, misalnya, leksikal alam (berasal daripada bahasa Arab) yang telah sebati dalam kosa kata Melayu. Sumber utama perbicaraan ini adalah data korpus klasik dalam Malay Concordance Project (MCP) dan data korpus moden dalam pangkalan data Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Didapati peredaran masa telah menyebabkan kata alam mengalami perubahan makna terasnya. Perbicaraan ini akan memberi fokus terhadap motivasi kognitif yang berlaku dalam domain ‘darjat’ pada era klasik dan domain ‘alam fizikal’ dalam era semasa melalui pendekatan teori semantik kognitif. Motivasi kognitif dalam konteks ini adalah didasari oleh mekanisme kognitif yang mengikat makna-makna yang terhasil itu. Analisis daripada data korpus tersebut menunjukkan makna teras alam dalam era klasik boleh dirujuk sebagai ‘darjat.’ Namun begitu pada era semasa, makna teras alam boleh difahami sebagai ‘alam fizikal.’ Setiap perubahan makna ini bukanlah berlaku dengan wewenang tetapi bermotivasi.

Item Type:Article
Keywords:alam; darjat; fizikal; makna teras; mekanisme kognitif
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:3473
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:09 Feb 2012 06:35
Last Modified:14 Dec 2016 06:34

Repository Staff Only: item control page