kepentingan individu: mengupas sifat persona Muhammad Haji Salleh pada era 70-an (Importance of the individual: uncovering aspects of Muhammad Haji Salleh’s 70s persona)

Raihanah M.M, and Ruzy Suliza Hashim, and Shahizah Hamdan Ismail, (2011) kepentingan individu: mengupas sifat persona Muhammad Haji Salleh pada era 70-an (Importance of the individual: uncovering aspects of Muhammad Haji Salleh’s 70s persona). Jurnal Melayu, 8 . pp. 51-66. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
299kB

Official URL: http://www.ukm.my/e-melayu

Abstract

Perbincangan ini memberikan satu analisis kritis bacaan koleksi puisi awal Muhammad Haji Salleh, Time and its people (1978) untuk mengupas sifat persona yang ditonjolkan. Hipotesis awal adalah bertitik tolak dari mula kesimpulan yang dibuat dalam perbincangan lain yakni persona dilihat dari sudut kontinum hubungkait budaya iaitu satu kutub kontinuum dirujuk sebagai orientasi budaya individu atau ‘abstrak’ dan kutub yang lain pula ditermakan sebagai orientasi budaya komuniti atau ‘konkrit’ (Raihanah Mohd Mydin & D’Cruz, 2003). Idea orientasi budaya bercorak individu dan komuniti adalah asas perbincangan J V D’Cruz dan William Steele (2000) melalui teori kontinum hubungkait. Artikel ini menerapkan kerangka kontinum dengan menekankan aspek sifat individu dalam persona tersebut. Hasil dari garapan ini, persona dalam puisi Muhammad Haji Salleh menunjukkan tiga aspek diri iaitu pertamanya, harga diri; kedua, kesedaran diri, dan ketiga, agensi diri. Berdasarkan klasifikasi begini, jelaslah persona awal dalam puisi awal Muhammad Haji Salleh bukan saja berorientasi individu malah mempunyai harga diri, kesedaran diri dan agensi diri yang jitu.

Item Type:Article
Keywords:budaya individu; harga diri; kesedaran diri; agensi diri; Muhammad Haji Salleh.
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:3475
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:09 Feb 2012 06:57
Last Modified:14 Dec 2016 06:34

Repository Staff Only: item control page