Kajian budaya politik Melayu dalam pilihan raya keciL Hulu Selangor,Selangor (Malay political culture studies on by election in Hulu Selangor,Selangor)

Junaidi Awang Besar, and Mohd Fuad Mat Jali, and Mohd Faidz Mohd Zain, (2011) Kajian budaya politik Melayu dalam pilihan raya keciL Hulu Selangor,Selangor (Malay political culture studies on by election in Hulu Selangor,Selangor). Jurnal Melayu, 8 . pp. 153-172. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
345kB

Official URL: http://www.ukm.my/e-melayu

Abstract

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor diadakan berikutan kematian penyandangnya iaitu Allahyarham Zainal Abidin Ahmad daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 25 Mac 2010. Sehubungan itu, adalah tujuan makalah ini untuk menganalisis budaya politik Melayu dengan merujuk kepada keputusan PRK Hulu Selangor yang diadakan pada 25 April 2010. Sejarah Pilihan Raya Umum (PRU) di Hulu Selangor dari PRU 1955 hingga PRU 2004 menunjukkan kawasan ini merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN), namun akibat tsunami politik pada PRU 2008 menyebabkan BN tewas kepada PKR di kawasan tersebut. Namun demikian pada PRK 2010 menyaksikan BN berjaya menguasai semula kerusi Parlimen tersebut dengan majoriti 1725 undi. Berdasarkan soal selidik dan pemerhatian pra pilihan raya, dari segi kriteria pemilihan calon, 81.7 peratus responden menyatakan mereka memilih calon yang mesra rakyat. Hasil kajian juga mendapati 43.10 peratus responden menyatakan akan mengundi BN berbanding 34 peratus PKR. Dapatan kajian tersebut selaras dengan keputusan sebenar pilihan raya yang memihak kepada BN sebanyak 1725 undi majoriti. Perbandingan pola pengundian dan majoriti yang diperolehi calon/parti yang bertanding berdasarkan keputusan PRU 2004 hingga PRK 2010 mengikut daerah mengundi yang majoritinya pengundi Melayu menunjukkan kesemuanya berpihak kepada BN. Secara keseluruhannya politik Melayu berperanan penting dalam kemenangan BN di Hulu Selangor dan faktor sokongan pengundi Melayu juga mempengaruhi pola pengundian bagi etnik Melayu berdasarkan kepada lima ciri budaya politik Melayu iaitu Sultan/Raja, Islam, Bahasa Melayu, ekonomi dan universal (politik baru).

Item Type:Article
Keywords:Pilihan Raya; Melayu; budaya politik; politik Melayu; isu
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:3480
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:09 Feb 2012 08:37
Last Modified:14 Dec 2016 06:34

Repository Staff Only: item control page