Ayat tanya kanak-kanak berusia 2 tahun: satu tinjauan awal (Interogative sentence: of children aged 2 years)

Marzalina Mansor, (2011) Ayat tanya kanak-kanak berusia 2 tahun: satu tinjauan awal (Interogative sentence: of children aged 2 years). Jurnal Melayu, 8 . pp. 189-206. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
399kB

Official URL: http://www.ukm.my/e-melayu

Abstract

Makalah ini adalah tinjauan awal terhadap ayat tanya kanak-kanak pada peringkat umur dua tahun (2+). Tinjauan awal ini adalah bertujuan untuk melaporkan tentang bentuk-bentuk ayat tanya Melayu yang dihasilkan. Tumpuan kepada ayat tanya dilakukan kerana bentuk ayat tanya kanak-kanak tidak banyak dibincangkan oleh pengkaji-pengkaji tempatan. Selain itu, pemahaman ayat tanya kanak-kanak penting supaya orang dewasa dapat memenuhi kehendak dan keinginan kanak-kanak. Didapati kanak-kanak pada peringkat umur ini lebih dominan dengan penggunaan ayat tanya tanpa kata tanya. Sementara penggunaan ayat tanya dengan ganti nama tanya ‘apa’ dan ‘mana’ digunakan oleh kanak-kanak dua tahun dengan bentuk dasar dan ada ketika penggunaannya lebih bervariasi. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kanak-kanak pada usia dua tahun ini gemar menggunakan ayat tanya tertutup, iaitu pertanyaan dengan menggunakan kata ‘boleh’.

Item Type:Article
Keywords:Ayat tanya kanak-kanak; ganti nama tanya ‘apa’ dan ‘mana’.
ID Code:3482
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:09 Feb 2012 08:47
Last Modified:14 Dec 2016 06:34

Repository Staff Only: item control page