Simptom-simptom penyakit dalam main teri: satu kajian kes di Kampung Pasir Mas (Kelantan symptoms of disease in main teri: a case study in Kampung Pasir Mas, Kelantan)

Azlina Musa, and Yusmilayati Yunos, (2011) Simptom-simptom penyakit dalam main teri: satu kajian kes di Kampung Pasir Mas (Kelantan symptoms of disease in main teri: a case study in Kampung Pasir Mas, Kelantan). Jurnal Melayu, 8 . pp. 233-249. ISSN 1675-7513

[img]
Preview
PDF
544kB

Official URL: http://www.ukm.my/e-melayu

Abstract

Main teri adalah salah satu cara perubatan tradisional yang masih lagi diamalkan oleh masyarakat Melayu khususnya di Kelantan sejak zaman dahulu sehingga kini. Ia berfungsi sebagai ikhtiar rawatan terhadap penyakit jasmani dan juga rohani yang dihidapi oleh tubuh badan manusia. Umumnya cara perubatan main teri dilakukan di ruang yang terbuka dan dipersembahkan di hadapan khalayak ramai. Oleh itu, kajian ini menggunakan dua kaedah kajian iaitu kaedah perpustakaan dan pemerhatian ikut serta. Jika diperhatikan, persembahan main teri melibatkan penggunaan alat-alat muzik tradisional. Cara perubatan main teri pula melibatkan hubungan komunikasi dua hala antara alam nyata (tok teri, tok minduk dan pesakit) dan alam ghaib (jin, roh-roh, malaikat, iblis, syaitan). Sehubungan itu, untuk mengetahui punca-punca penyakit yang dihidapi oleh pesakit, pelbagai cara digunakan oleh tok teri untuk melihat simptom penyakit seperti melalui mantera memujuk kuasa spiritual (jin, syaitan dan iblis) yang dikatakan menjadi punca seseorang itu jatuh sakit. Justeru itu, artikel ini membincangkan beberapa cara untuk mengenal simptom penyakit dalam persembahan main teri.

Item Type:Article
Keywords:Simptom penyakit; main teri; mantera; tok peteri; kuasa spiritual
Journal:Jurnal Melayu
ID Code:3484
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:09 Feb 2012 09:36
Last Modified:14 Dec 2016 06:34

Repository Staff Only: item control page