Faktor pengekalan pekerja dalam firma IT di Malaysia

Nur Atiqah Abdulah, and Norsiah Aminudin, and Ahmad Khairy Ahmad Domil , and Khairul Akmaliah Adham, (2010) Faktor pengekalan pekerja dalam firma IT di Malaysia. Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia, 9 . pp. 15-30. ISSN 1823-0113

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jitm/contents.html

Abstract

Kajian literatur dalam bidang pengurusan organisasi mengenengahkan kepentingan pelaburan modal manusia dan pelaksanaan amalan pengurusan sumber manusia bagi menjamin kejayaan organisasi melalui pulangan ekonomi yang tinggi dan pengurangan dalam kadar pusing ganti pekerja. Ini memberi petunjuk bahawa persoalan pengekalan sumber manusia dalam organisasi adalah penting, lebih-lebih lagi dalam konteks firma teknologi tinggi yang mengalami pusing ganti pekerja yang tinggi dan pembangunan firma amat bergantung pada sumbangan pekerja secara berterusan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi pengekalan pekerja dalam firma IT di Malaysia. Selain itu, kajian ini cuba menentukan sejauh mana hubungan strategi pengurusan sumber manusia dengan faktor pengekalan pekerja dalam organisasi. Data diperoleh menerusi borang soal selidik yang dihantar secara pos kepada pengurus sumber manusia atau pengurus atasan syarikat MSC tempatan dan luar negara. Daripada 500 borang soal selidik yang dihantar kepada responden, sebanyak 106 borang soalselidik yang telah diisi dan dipulangkan semula, memberikan kadar respon sebanyak 21%. Hasil kajian mendapati terdapat empat faktor penting yang mempengaruhi pengekalan pekerja dalam firma yang dikaji, iaitu faktor organisasi, tugas, imbuhan dan individu. Seterusnya, dapatan kajian menunjukkan strategi pengurusan sumber manusia mempunyai hubungan yang signifikan dengan faktor-faktor pengekalan pekerja. Kajian merumuskan faktor persekitaran dan sokongan organisasi adalah faktor utama yang menyumbang dalam pengekalan pekerja

Item Type:Article
Keywords:comparative analysis; XML functional dependencies ; relational databases; semantic constraints
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:3495
Deposited By:Mr Azam
Deposited On:13 Feb 2012 11:17
Last Modified:23 Feb 2012 16:55

Repository Staff Only: item control page