Polisi pengurusan rekod elektronik dalam sektor awam di Malaysia

Umi Asma’ Mokhtar, and Zawiyah Mohammad Yusof , (2009) Polisi pengurusan rekod elektronik dalam sektor awam di Malaysia. Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia, 7 . pp. 51-67. ISSN 1823-0113

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jitm/vol7_Dec_2009_51-67.html

Abstract

Polisi merupakan satu dokumen penyataan tentang kaedah tindakan yang dipilih daripada beberapa alternatif oleh sesebuah organisasi dengan tujuan untuk memberi panduan dan menentukan keputusan semasa dan akan datang. Pengurusan rekod elektronik harus berpandukan polisi yang jelas, lengkap dan mudah kerana polisi dapat membantu hala tuju organisasi serta menentukan keberkesanan fungsi yang dilaksanakan. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui kewujudan polisi dalam sektor awam di Malaysia khususnya dalam pengurusan rekod elektronik. Selain daripada itu, pihak yang bertanggungjawab membangunkan polisi tersebut dan juga sumber rujukan yang digunakan turut dikaji. Kaedah tinjauan menggunakan teknik soal selidik. Sebanyak 25 buah jabatan kerajaan di sekitar Lembah Klang dan Putrajaya dijadikan sebagai sampel kajian. Kajian mendapati tidak semua jabatan kerajaan mempunyai polisi pengurusan rekod elektronik terutamanya polisi yang lengkap, mudah dilaksanakan dan jelas. Sebahagian besar jabatan kerajaan yang ditinjau menggunapakai polisi yang disediakan oleh MAMPU dan Arkib Negara Malaysia, tetapi mengubahsuai polisi tersebut mengikut keperluan masing-masing. Sebahagian jabatan kerajaan yang lain tidak mempunyai polisi sama sekali. Jabatan ini melaksanakan pengurusan rekod elektronik mengikut inisiatif dan cara masing-masing tanpa panduan.

Item Type:Article
Keywords:Pengurusan Rekod Elektronik; Polisi; Sektor Awam; E-Kerajaan.
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:3503
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:14 Feb 2012 07:28
Last Modified:14 Feb 2012 07:28

Repository Staff Only: item control page