Pengesanan ralat nahu esei Bahasa Inggeris melalui pemprosesan bahasa tabii

Nur Asma Mohd Razali, and Nazlia Omar, and Saadiyah Darus, (2009) Pengesanan ralat nahu esei Bahasa Inggeris melalui pemprosesan bahasa tabii. Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia, 7 . pp. 83-98. ISSN 1823-0113

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jitm/vol7_Dec_2009_83-98.html

Abstract

Pelajar yang memasuki pusat pengajian tinggi dijangkakan mempunyai kemahiran bahasa Inggeris yang baik untuk membolehkan mereka menyediakan tugasan kursus dan aktiviti akademik dalam bahasa Inggeris. Satu daripada tugasan ialah menulis esei. Analisis kesalahan tatabahasa ke atas empat ratus (400) esei pelajar ESL (English as a Second Language) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dijalankan dan hasil analisis menunjukkan ralat nahu (tenses) adalah ralat yang paling kerap dilakukan. Sebuah alat pengesanan ralat nahu dalam penulisan pelajar ESL diperlukan memandangkan alat yang sedia ada tidak dibangunkan khusus untuk pelajar ESL di Malaysia. Kertas ini bertujuan memperkenalkan teknik berasaskan heuristik dan peraturan untuk mengesan ralat nahu. Berasaskan heuristik dan peraturan ini, ATDEiTTM dibangunkan. ATDEiTTM diuji menggunakan 50 set data ujian (esei bahasa Inggeris). Keputusan yang dijana oleh ATDEiTTM dibandingkan dengan keputusan pakar bahasa. ATDEiTTM memperoleh 95% dapatan semula dan 76.2% kejituan. Ini menunjukkan bahawa pendekatan berasaskan heuristik dan peraturan membantu dalam proses mengesan ralat nahu dalam esei pelajar ESL secara automatik.

Item Type:Article
Keywords:Pengesanan ralat; pemeriksaan esei berbantukan komputer; heuristik; peraturan; kesalahan tatabahasa; esei ESL.
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:3505
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:14 Feb 2012 07:35
Last Modified:14 Feb 2012 07:35

Repository Staff Only: item control page