Penerapan pendekatan PBL dalam pakej multimedia C2HADAM: konstruk keberkesanan

Faaizah Shahbodin, and Halimah Badioze Zaman, (2009) Penerapan pendekatan PBL dalam pakej multimedia C2HADAM: konstruk keberkesanan. Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia, 6 . pp. 25-46. ISSN 1823-0113

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

3MB

Official URL: http://www.ukm.my/jitm/vol6_June_2009.html

Abstract

Kertas kerja ini menerangkan integrasi pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) secara Hibrid dalam membangunan dan mereka bentuk pakej multimedia C2HADAM, perisian kursus multimedia yang dibangunkan bagi mata pelajaran Sains tingkatan dua Sekolah Menengah di Malaysia. Perbincangan dimulakan dengan menunjukkan rangka kerja konsepsi dan teori yang diterapkan ke dalam C2HADAM. Para pengkaji turut membincangkan beberapa teori pembelajaran yang dirujuk dalam membangunkan pakej multimedia C2HADAM iaitu konstruktivisme, konteksual, kolaboratif dan PBL. Strategi pembelajaran secara PBL seperti pembelajaran secara inkuiri, konteksual, simulasi, pembelajaran secara penjelajahan dan pembelajaran berpusatkan pelajar juga turut diaplikasikan dalam prototaip C2HADAM. Prototaip ini dibangunkan berpandukan perbincangan yang meliputi kitaran hayat pembangunan yang terdiri daripada beberapa fasa iaitu analisis, reka bentuk, pembangunan, perlaksanaan dan penilaian. Para pengkaji juga turut memuatkan beberapa contoh paparan skrin yang diambil daripada prototaip C2HADAM. Akhir sekali, hasil pengujian kepenggunaan dari segi konstruk keberkesanan C2HADAM turut dibincangkan.

Item Type:Article
Keywords:Pembelajaran Berasaskan Masalah; Konstruktivisme; Konteksual; Sains; Kepenggunaan
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:3507
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:14 Feb 2012 07:59
Last Modified:14 Dec 2016 06:34

Repository Staff Only: item control page