Penilaian perisian kursus adaptif multimedia (A-Maths) berasaskan stail pembelajaran

Nor Azan Mat Zin, and Halimah Badioze Zaman, and Shahrul Azman Mohd Noah, (2009) Penilaian perisian kursus adaptif multimedia (A-Maths) berasaskan stail pembelajaran. Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia, 6 . pp. 61-87. ISSN 1823-0113

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

1MB

Official URL: http://www.ukm.my/jitm/vol6_June_2009_61-78.html

Abstract

Kertas kerja ini membentangkan kajian tentang pembangunan dan penilaian perisian kursus matematik multimedia adaptif (A-MathS). Reka bentuk antara muka dan persembahan kandungan adalah berasaskan ciri-ciri stail pembelajaran global dan analitikal, kecenderungan modaliti visual dan verbal, serta teori pengajaran dan pembelajaran kognitivisme dan konstruktivisme. Metodologi yang digunakan adalah diubahsuai daripada model reka bentuk berarahan Robyler untuk perisian kursus berasaskan komputer. Penilaian keberkesanan dan kepenggunaan prototaip A-MathS dilaksanakan melalui kajian kes yang melibatkan 35 orang sampel, menggunakan teknik eksperimen separa ujian pra-ujian pasca dan soal selidik. Data hasil penilaian dianalisis menggunakan statistik tak-berparameter. Hasil kajian mendapati bahawa sampel yang menggunakan modul A-MathS yang sepadan dengan stail pembelajaran mereka menunjukkan peningkatan markah ujian pasca yang signifikan (p = 0.000). Kumpulan eksperimen memperoleh markah pencapaian min 10.5 berbanding 1.8 bagi kumpulan kawalan. Ini bermakna, perisian kursus yang direka bentuk berasaskan stail pembelajaran adalah berkesan dalam membantu meningkatkan pencapaian pelajar.

Item Type:Article
Keywords:stail pembelajaran; perisian kursus multimedia; kepenggunaan; pembelajaran matematik.
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:3509
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:14 Feb 2012 08:07
Last Modified:14 Dec 2016 06:34

Repository Staff Only: item control page