Perbandingan pengajaran berasaskan multimedia dan tradisional ke atas pencapaian matematik dan sikap matematik di kalangan pelajar berisiko

Azura Ishak, and Zakaria Kasa, and Mohd Hasan Selamat, and Bahaman Abu Samah, (2009) Perbandingan pengajaran berasaskan multimedia dan tradisional ke atas pencapaian matematik dan sikap matematik di kalangan pelajar berisiko. Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia, 6 . pp. 79-89. ISSN 1823-0113

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

321kB

Official URL: http://www.ukm.my/jitm/vol6_June_2009_79-89.html

Abstract

Mengikut sumber dan literatur berkaitan, pengajaran menggunakan multimedia dipercayai mampu merangsang pembelajaran dan meningkatkan tahap pencapaian akademik pelajar. Namun, bukti nyata yang menyokong atau menyangkal pernyataan ini khususnya di kalangan pelajar berisiko masih lagi kurang. Tujuan kajian adalah untuk mengkaji perbandingan pengajaran Matematik berasaskan multimedia dan tradisional ke atas pencapaian Matematik dan sikap Matematik khususnya di kalangan para pelajar berisiko. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini berbentuk eksperimen kuasi yang berlangsung selama 10 minggu dan melibatkan 54 orang pelajar. Ujian pencapaian Matematik dan soal selidik sikap Matematik digunakan sebagai instrumen. Data dianalisis menggunakan teknik ujian-t berpasangan dan ANCOVA. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pencapaian Matematik pelajar berisiko dalam kedua-dua kelas Matematik berasaskan multimedia dan tradisional. Namun, pencapaian Matematik pelajar berisiko dalam kelas Matematik berasaskan multimedia tidak berbeza secara signifikan dengan pencapaian Matematik pelajar berisiko dalam kelas Matematik berasaskan tradisional. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat peningkatan sikap terhadap Matematik pelajar berisiko dalam kelas Matematik berasaskan multimedia, sebaliknya berlaku penurunan sikap terhadap Matematik pelajar berisiko dalam kelas Matematik berasaskan tradisional. Walau bagaimanapun, kajian mendapati sikap Matematik pelajar berisiko dalam kelas Matematik berasaskan multimedia juga tidak berbeza secara signifikan dengan sikap Matematik pelajar berisiko di dalam kelas Matematik berasaskan tradisional.

Item Type:Article
Keywords:Pengajaran Berasaskan Multimedia; Pengajaran Berasakan Tradisional; Pencapaian Matematik; Sikap Matematik; Pelajar Berisiko
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:3510
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:14 Feb 2012 08:10
Last Modified:14 Dec 2016 06:34

Repository Staff Only: item control page