Pembangunan perpustakaan digital: ayat al-Quran berkaitan wanita

Zuraidah Abdullah, and Junaidah Mohamed Kassim, and Nurqumariah Saad, (2009) Pembangunan perpustakaan digital: ayat al-Quran berkaitan wanita. Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia, 6 . pp. 91-101. ISSN 1823-0113

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

595kB

Official URL: http://www.ukm.my/jitm/vol6_June_2009_91-101.html

Abstract

Kini, kandungan dan terjemahan kitab suci al-Quran telah dihasilkan dalam pelbagai format seperti buku, cakera padat, pita dan kaset. Maklumat dalam pelbagai format ini menyukarkan pengguna memperoleh sumber rujukan ayat-ayat al-Quran. Tujuan utama kajian ini ialah membangunkan perpustakaan digital berkaitan ayat al-Quran tentang wanita terutamanya dalam perkara yang berkaitan dengan perkahwinan, perceraian dan pembahagian pusaka. Pengguna sasaran perpustakaan digital ini ialah para muslimah dari peringkat remaja hingga dewasa. Metodologi pembangunan Kitar Hayat Pembangunan Sistem (SDLC) digunakan bagi membangunkan sistem tersebut. Perpustakaan digital ini dibangunkan dalam persekitaran web bagi memudahkan para muslimah mengakses dan mencapai maklumat yang diperlukan tanpa dibatasi ruang masa maupun sempadan geografi. Sebuah prototaip enjin pencarian bagi memudahkan pengguna mengakses dan mencapai maklumat dalam repositori juga dibangunkan.

Item Type:Article
Keywords:Perpustakaan digital; Perpustakaan digital berasaskan web; Wanita; Quran; Perkahwinan; Perceraian; Pembahagian pusaka
Journal:Asia - Pasific Journal of Information Technology and Multimedia (Formerly Jurnal Teknologi Maklumat dan Multimedia)
ID Code:3511
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:14 Feb 2012 08:13
Last Modified:14 Dec 2016 06:34

Repository Staff Only: item control page