Migran dan akta pentadbiran kependudukan di Bandar Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia.

Sukri Nyompa, and Mohd Fuad Mat Jali, and Noraziah Ali, and Katiman Rostam, (2012) Migran dan akta pentadbiran kependudukan di Bandar Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (1). pp. 94-101. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
264kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/geografia/v1/index.php

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis migran dan aplikasi akta pentadbiran kependudukan di Bandar Makassar. Datanya adalah data primer dan sekunder yang digunakan dalam mengkaji dan menganalisis data migran secara deskriptif. Bandar Makassar sebagai ibukota provinsi Sulawesi Selatan terletak di lokasi strategik dan berfungsi sebagai pusat perhubungan antara wilayah barat ke timur mahupun dari wilayah utara ke selatan Indonesia. Posisi ini menyebabkan Bandar Makassar mempunyai daya tarik yang cukup kuat bagi para migran, sama ada dari wilayah Sulawesi Selatan mahupun dari wilayah lain di Indonesia. Jumlah penduduk Bandar Makassar pada tahun 2000 ialah 1.1 juta orang dan 38.2 peratus daripada jumlah itu adalah migran. Angka ini meningkat jumlahnya dengan nisbah migran pada tahun 2010 ialah 43.62 peratus. Namun, masalah yang dihadapi ialah sebahagian daripada mereka tidak melaporkan diri kepada kerajaan tempatan untuk tinggal di Bandar Makassar seperti yang dikehendaki oleh akta pentadbiran kependudukan. Perkara ini berlaku kerana migran tidah tahu dan tidak peduli perkara ini. Untuk mengatasi masalah tersebut pihak berkuasa Bandar Makassar perlu mengatur strategi dan rancangan dalam mengsosialisasikan atau menyebar maklumat akta pentadbiran kependudukan kepada masyarakat dan migran.

Item Type:Article
Keywords:Akta Pentadbiran Kependudukan; kerajaan tempatan; komuniti migran; lokasi strategis; pendatang asing; pusat bandar
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:3521
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:15 Feb 2012 09:15
Last Modified:14 Dec 2016 06:34

Repository Staff Only: item control page