Pengaruh kualiti pertautan pelajar asrama dengan ibu bapa dan rakan ke atas penyesuaian akademik, sosial dan emosi

Rohaty Mohd. Majzub, and Noriah Mohd Ishak, and Ramlah Jantan, (2010) Pengaruh kualiti pertautan pelajar asrama dengan ibu bapa dan rakan ke atas penyesuaian akademik, sosial dan emosi. International Journal of Learner Diversity , 2 (1). pp. 59-74. ISSN 2180-1630

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/fpendidikan

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh kualiti pertautan pelajar asrama dengan ibu bapa, dan rakan ke atas penyesuaian mereka di asrama. Kualiti pertautan pelajar dengan ibu bapa dan rakan mengandungi tiga pembalehubah iaitu kepercayaan, komunikasi dun rasa tersingkir: Kajian ini mengkaji penyesuaian pelajar yang mengandungi tiga pembolehubah iaitu penyesuaian akademik, penyesuaian sosial dun penyesuaian emosi. Pengkaji telah mengumpulkan data menggunakan soal selidik. 'inventory of Parents and peers Attachment" dan "Student Adaptation to College Questionnaire". Peserta kajian terdiri daripada 420 orang pelajar Tingkatan 4 (210 orang lelaki dan 210 perempuan) daripada 7 buah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Malaysia. Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskripsi dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kualiti pertautan pelajar dengan ibu dun bapa adalah lebih tinggi daripada kualiti pertautan pelajar dengan rakan walaupun pelajar telah tinggal lebih kurang tujuh bulan di asrama. Daripada aspek penyesuaian, pelajar telah dapat membuat penyesuaian akademik dan sosial yang baik tetapi sederhana dalam penyesuaian emosi. Hasil kajian mendapati pengaruh utama ke atas penyesuaian pelajar adalah kualiti pertautan dengan bapa don rakan sama jantina. Kajian ini telah dapat menjelaskan pentingnya peranan pentadbir pendidikan, ibu bapa, guru, warden dan kaunselor dalam memberi sokongan, motivasi, komunikasi yang berkualiti.

Item Type:Article
Keywords:attachment,adjustment,academic achievement
Journal:International Journal of Learner Diversity
ID Code:3527
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:16 Feb 2012 03:47
Last Modified:03 Apr 2012 04:36

Repository Staff Only: item control page