Jurang pencapaian akademik mengikut gender dan jenis sekolah di Sekolah Menengah Agama Negeri

Nurciana Nasaruddin , and Zalizan Mohd Jelas, and Saemah Rahman, (2010) Jurang pencapaian akademik mengikut gender dan jenis sekolah di Sekolah Menengah Agama Negeri. International Journal of Learner Diversity , 2 (1). pp. 135-146. ISSN 2180-1630

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/fpendidikan

Abstract

Artikel ini membincangkan jurang pencapaian akademik pelajar lelaki di Sekolah Menengah Agama berdasarkan jenis sekolah iaitu sekolah satu jantina, sekolah bercampur lelaki dan perempuan serta sekolah bercampur lelaki dan perempuan yang berasingan kelas. Fokus kajian ini adalah untuk mengenal pasti pola pencapaian akademik pelajar lelaki dan sejauh mana faktor ekologi sekolah menyumbang kepada pencapaian akademik mereka. Kaedah kajian adalah dengan menggunakan analisis dokumen iaitu dengan menganalisis profil dan tren pencapaian SPM di sekolah berkenaan daripada tahun 2002 hingga 2005. Perbandingan dibuat dengan menggunakan analisis statistik deskripsi dan statistik inferensi iaitu penggunaan min, peratusan dun ANOVA. Kajian mendopati secara keseluruhan, keperluan peperiksaan di sekolah menengah agama negeri menunjukkan pencapaian akademik pelajar lelaki lebih baik daripada pelajar perempuan. Perbandingan pencapaian pelajar lelaki di tiga jenis sekolah tersebut menunjukkan pencapaian pelajar lelaki di sekolah satu jantina lelaki adalah lebih baik daripada pencapaian pelajar lelaki di sekolah bercampur berasingan kelas. Pada masa yang sama pencapaian pelajar lelaki di sekolah bercampur berasingan kelas adalah lebih baik daripada pencapaian pelajar lelaki di sekolah dan kelas bercampur: Implikasi dapatan ini memberi gambaran awal bahawa faktor ekologi sekolah yang diwakili oleh jenis- jenis sekolah mengikut ekologi gender boleh memberi kesan kepada tingkah laku pembelajaran dan pencapaian akademik pelajar lelaki dalam sistem persekolahan yang beriklimkan persekitaran keagamaan.

Item Type:Article
Keywords:Jurang pencapaiana akdemik; faktor pencapaian; gender Sekolah Menengah Agama; ekologi sekolah
Journal:International Journal of Learner Diversity
ID Code:3540
Deposited By: Mr Fazli Nafiah -
Deposited On:16 Feb 2012 07:47
Last Modified:03 Apr 2012 04:40

Repository Staff Only: item control page