Faktor luaran dan dalaman yang mempengaruhi harga rumah teres di Bandar Baru Bangi

Hamzah .N.A, and Khoiry .M.A, and Ali .M.A.M, and Zaini .N.S, and Arshad .I, (2011) Faktor luaran dan dalaman yang mempengaruhi harga rumah teres di Bandar Baru Bangi. Jurnal Rekabentuk dan Binaan, 4 . pp. 1-8. ISSN ISSN : 1985-6881

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsb/jdb

Abstract

Kenaikan harga rumah di kawasan utama di Malaysia telah menjadi kebimbangan kepada para pembeli rumah terutama di bandar membangun, Bandar Baru Bangi turut menerima tempiasnya. Sehubungan dengan itu kajian ini membincangkan faktor luaran dan dalaman yang mempengaruhi harga rumah teres dua tingkat di Bandar Baru Bangi. Data dan maklumat yang diperoleh adalah daripada hasil kajian dari maklumbalas responden yang terdiri daripada pemaju perumahan. Dapatan kajian yang digunakan ialah melalui kajian perpustakaan dan soalan soal selidik. Data yang diperolehi melalui soal selidik kajian ini, dianalisa dengan mengunakan perisisan iaitu Statistical Package For Social Science (SPSS) 17.0 dan Microsoft Excel. Kaedah analisis min/purata dan indeks kepentingan relatif (RII) dijalankan bagi kajian ini. Daripada hasil kajian, didapati bahawa faktor luaran yang tidak dapat dikawal oleh pemaju perumahan telah memonopoli punca utama faktor yang mempengaruhi harga rumah teres dua tingkat di Bandar Baru Bangi. Faktor luaran yang berkaitan dengan penyediaan kontrak yang dapat dikawal oleh pemaju perumahan mendapat tempat terendah

Item Type:Article
Keywords:Harga Rumah; Faktor Mempengaruhi Harga Rumah; Rumah Teres Dua Tingkat
Journal:Jurnal Rekabentuk dan Binaan ; Journal of Design & Built
ID Code:3562
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:21 Feb 2012 04:14
Last Modified:14 Dec 2016 06:34

Repository Staff Only: item control page