Tinjauan kesan fasiliti kediaman bertingkat terhadap amaun dana pengurusan

Yusoff .M, and Tawil .N.M, and Hamzah .N.A, and Abdullah .N.A.G, and Musa .A.R, (2011) Tinjauan kesan fasiliti kediaman bertingkat terhadap amaun dana pengurusan. Jurnal Rekabentuk dan Binaan, 4 . pp. 32-40. ISSN ISSN : 1985-6881

[img]
Preview
PDF
2MB

Official URL: http://www.ukm.my/jsb/jdb

Abstract

Perumahan merupakan tajuk perbincangan yang tidak pernah luput dari pemikiran rakyat dan juga pemimpin negara kita. Perubahan keinginan rakyat untuk tinggal di kawasan kediaman tinggi berbanding perumahan berteres telah meransang lagi pembinaan unit perumahan tinggi oleh pihak pemaju. Setiap kawasan kediaman tinggi memerlukan sebuah badan untuk menguruskan harta hak milik bersama seperti kemudahan-kemudahan serta fasiliti yang tersedia. Badan yang bertanggungjawab ini ialah pihak Perbadanan Pengurusan. Pelbagai masalah dihadapi oleh pihak Perbadanan Pengurusan dalam menguruskan hal ehwal penduduk dan kawasan kediaman tinggi termasuklah keengganan penduduk menjelaskan dana pengurusan yang merupakan sumber kewangan kepada kerja-kerja penyelenggaraan fasiliti kediaman mereka. Kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan amaun sebenar dana pengurusan yang perlu dikenakan kepada penduduk mengikut fasiliti yang ada dalam kawasan perumahan mereka supaya penduduk tidak lagi keliru dan kurang jelas terhadap aliran wang dana pengurusan tersebut.

Item Type:Article
Keywords:Kediaman Tinggi; Perbadanan Pengurusan; Dana Pengurusan mengikut fasiliti
Journal:Jurnal Rekabentuk dan Binaan ; Journal of Design & Built
ID Code:3565
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:21 Feb 2012 04:31
Last Modified:14 Dec 2016 06:34

Repository Staff Only: item control page