Kajian dan analisis terhadap asas dan akar rekabentuk masjid-masjid warisan di alam Melayu

Surat .M, and Abdullah .N.A.G, and Usman .I.M.S, and Tawil .N.M, and Ismail .A.H, (2011) Kajian dan analisis terhadap asas dan akar rekabentuk masjid-masjid warisan di alam Melayu. Jurnal Rekabentuk dan Binaan, special issue . pp. 17-43. ISSN 1985-6881

Full text not available from this repository.

Official URL: http://www.ukm.my/jsb/jdb

Abstract

Kajian ini yang telah dilakukan untuk mencadangkan buat pertama kalinya teori bahawa tipologi masjid bumbung meru dari Alam Melayu adalah diasaskan dan dibangunkan dari gagasan masjid di Timur Tengah, dengan membahaskan kemungkinan gagasan asas kubah tengah (‘central mosque’) dan laman ‘sahn’ wujud walupun dalam bentuk bumbung meru berstruktur kayu dengan serambi atau balai yang mempunyai bentuk berbeza tetapi wujud seperti tipologi di Timur Tengah. Teori ini amat berbeza dengan teori umum masa kini yang menganggap bahawa bentuk tipologi masjid tersebut datangnya khusus dari Alam Melayu dan di asaskan melalui tipologi kuil dan candi dari kepercayaan Buddha, Hindu dan kepercayaan kuno atau anamisme. Teori ini juga berbeza dengan pandangan popular bahawa bentuk tipologi segiempat sama berbumbung pyramid atau meru ini diasakan dari tipologi rumah Jawa, wantilan, cungkup dan sebagainya. Kajian ini menggunakan metodologi perbandingan tipologi masjid warisan Alam Melayu sebelum kurun ke 19 di Malaysia dan Indonesia serta masjid-masjid yang terdapat di Timur Tengah khususnya yang dibangunkan dalam era Dinasti Uthmaniah. Kajian ini penting jika dilihat dari dua aspek utama. Pertama, dari aspek ilmu sejarah; dimana kajian ini dapat menyumbangkan kepada penambahan ilmu tentang tipologi dan penjenisan sebuah bangunan yang dianggap suci oleh umat Islam. Selama ini terdapat beberapa aspek tentang masjid Alam Melayu yang belum diketahui dan dapat ditampilkan buat pertama kalinya dalam hasil kerja ini. Kedua, kajian ini mempunyai kesan besar ke atas para arkitek yang ingin menggunakan pendekatan ‘revivalism’ atau ‘regionalism’ kerana ia memberi ruang lingkup yang lebih luas dan juga boleh dikatakan sebagai idea yang berdayamaju dari hal rekabentuk bangunan masjid.

Item Type:Article
Keywords:Asas Rekabentuk; Masjid Warisan; Dunia Melayu
Journal:Jurnal Rekabentuk dan Binaan ; Journal of Design & Built
ID Code:3572
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:21 Feb 2012 06:30
Last Modified:25 Feb 2012 06:13

Repository Staff Only: item control page