Korelasi pekali kekasaran kekar dengan sudut geseran puncak satah ketakselanjaran batuan syis, Semenanjung Malaysia (Correlation of joint roughness coefficient with peak friction angles of discontinuity planes of schists, Peninsular Malaysia)

Ghani Rafek .A, and Goh .T.L, and Hariri Arifin .M, (2012) Korelasi pekali kekasaran kekar dengan sudut geseran puncak satah ketakselanjaran batuan syis, Semenanjung Malaysia (Correlation of joint roughness coefficient with peak friction angles of discontinuity planes of schists, Peninsular Malaysia). Sains Malaysiana, 41 (3). pp. 293-297. ISSN 0126-6039

[img]
Preview
PDF
391kB

Official URL: http://www.ukm.my/jsm/contents.html

Abstract

Kekasaran permukaan amat mempengaruh tingkah-laku ricihan dan nilai sudut geseran puncak sesuatu satah ketakselanjaran. Oleh yang demikian, kekasaran permukaan merupakan faktor yang penting yang perlu dinilai dalam menentukan kestabilan struktur pengorekan dalam jasad batuan. Beberapa kaedah boleh digunakan untuk menentukan kekasaran permukaan ketakselanjaran. Kertas ini memperkenalkan satu pendekatan yang mudah dalam bentuk dua rumus polinominal yang boleh digunakan untuk mengkorelasi sudut geseran puncak ketakselanjaran (φp) batuan syis segar dan terluluhawa sedikit dengan pekali kekasaran kekar, PKK. Rumus polinominal ini ialah φp= -0.022PKK2 + 3.21PKK + 28.1 untuk ketakselanjaran segar dan φp= -0.025PKK2 + 3.24PKK + 26.6 untuk ketakselanjaran terluluhawa sedikit. Kedua-dua rumus ini memperlihatkan nilai pekali penentuan, R2 = 0.98. Hasil kajian ini menawarkan satu kaedah alternatif penganggaran φp satah ketakselanjaran daripada nilai PKK yang diukur pada permukaan ketakselanjaran di lapangan.

Item Type:Article
Keywords:Pekali kekasaran kekar; sudut geseran puncak; syis; ujian kemiringan
Journal:Sains Malaysiana
ID Code:3580
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:27 Feb 2012 09:01
Last Modified:14 Dec 2016 06:34

Repository Staff Only: item control page