Amalan pengajaran pendidikan alam sekitar di Institut Pendidikan Guru, Kampus Pulau Pinang

Habibah Lateh, and Punitha Muniandy, (2012) Amalan pengajaran pendidikan alam sekitar di Institut Pendidikan Guru, Kampus Pulau Pinang. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (2). pp. 1-6. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
199kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/geografia/v1/index.php

Abstract

Pendidikan Alam Sekitar (PnAS) merentas kurikulum telah dilaksanakan sejak 1996 di dalam kurikulum pendidikan kebangsaan. Matlamat PnAS adalah untuk melahirkan masyarakat yang prihatin dan cinta akan alam sekitar demi masa depan yang mapan. Namun timbul persoalan sejauhmana guru-guru sekolah komited melaksanakan PnAS merentas kurikulum semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu, kajian dijalankan terhadap guru pelatih KPLI ambilan Januari 2010 daripada Institut Pendidikan Guru, Kampus Pulau Pinang. Kajian adalah untuk melihat hubungan tahap pengetahuan dengan amalan pengajaran pendidikan alam sekitar mengikut jantina. Analisis kebolehpercayaan terhadap instrumen amalan pengajaran PnAS mencatat nilai Cronbach Alpha 0.819. Analisis diskriptif, dan ujian-t dijalankan bagi melihat perbezaan yang signifikan antara pengetahuan pendidikan alam sekitar dalam kalangan guru pelatih mengikut jantina. Hasil analisis menunjukkan terdapat kesignifikan iaitu terdapat perbezaan tahap pengetahuan PnAS dan amalan pengajaran PnAS mengikut jantina dalam kalangan guru pelatih. Namun bagi memperolehi kajian yang komprehensif, kaedah kualitatif dicadangkan disamping mengambilkira faktor-faktor efikasi guru, pengalaman lepas dan sikap guru pelatih dalam melihat amalan pengajaran dan pembelajaran PnAS.

Item Type:Article
Keywords:amalan alam sekitar; guru pelatih; kursus perguruan lepas ijazah; pendidikan alam sekitar; pendidikan rentas kurikulum; pengetahuan alam sekitar
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:3600
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:01 Mar 2012 03:06
Last Modified:14 Dec 2016 06:34

Repository Staff Only: item control page