Pencapaian skim kredit mikro Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dalam lanskap pembangunan luar bandar: satu penilaian

Mohamed Zaini Omar, and Main Rindam, and Che Supian Mohamad Nor, (2012) Pencapaian skim kredit mikro Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dalam lanskap pembangunan luar bandar: satu penilaian. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (2). pp. 7-19. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
279kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/geografia/v1/index.php

Abstract

Skim kredit pertanian sebagai mekanisma penting dalam pembangunan luar bandar telah lama dilaksanakan di kebanyakan negara sedang membangun, termasuk Malaysia sejak tahun 1960an lagi. Namun begitu peranan kredit sebagai senjata berkesan dalam pembasmian kemiskinan tidaklah begitu menonjol. Akan tetapi keadaan ini telah berubah apabila Profesor Muhammad Yunus telah memperkenalkan skim kredit mikro menerusi model Bank Grameen iaitu dengan merevolusikan "kredit sebagai hak asasi manusia" dan menjadikannya senjata berkesan dalam memerangi kemiskinan luar bandar di Bangladesh. Inisiatif Bank Grameen telah diiktirafkan sebagai program pembasmian kemiskinan yang paling berjaya pada dekad 1980an sehingga kini. Ini semakin terbukti apabila pengasas Bank Grameen telah dianugerahkan dengan Hadiah Novel Untuk Keamanan (Nobel Peace Prize) atas pencapaian cemerlang Bank Grameen. Skim kredit mikro Program Amanah Ikhtiar Malaysia atau AIM sebagai agensi bukan kerajaan telah mengreplikasi model Bank Grameen di Malaysia sejak lewat tahun 1987 dan kini telah beroperasi selama 24 tahun iaitu melebihi dua dekad. Sehubungan itu kertas ini bertujuan untuk menilai sejauh manakah pencapaian AIM sehingga kini yang diukur berasaskan beberapa indikator pengukuran iaitu (i) perkembangan cawangan, (ii) jangkauan keahlian dan modal yang dikeluarkan (iii) produk pinjaman dan (iv) prestasi ekonomi dikalangan peserta program AIM. Pada umumnya skim kredit mikro AIM telah disifatkan sebagai pelengkap kepada program pembasmian kemiskinan kerajaan. Ini disebabkan AIM telah turut sama-sama memperjuangkan agenda kerajaan dalam konteks Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Wawasan Negara iaitu memerangi kemiskinan.

Item Type:Article
Keywords:Amanah Ikhtiar Malaysia; Dasar Ekonomi Baru;Dasar Pembangunan Nasional;Dasar Wawasan Nasional; pembasmian kemiskinan; skim kredit mikro
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:3602
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:01 Mar 2012 03:12
Last Modified:14 Dec 2016 06:34

Repository Staff Only: item control page