Trend hujan jangkamasa panjang dan pengaruhnya terhadap hakisan permukaan: Implikasinya kepada tapak kampus baru Sultan Azlan Shah, Tanjong Malim

Mohmadisa Hashim, and Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah, and Nasir Nayan, (2012) Trend hujan jangkamasa panjang dan pengaruhnya terhadap hakisan permukaan: Implikasinya kepada tapak kampus baru Sultan Azlan Shah, Tanjong Malim. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (2). pp. 38-51. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
323kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/geografia/v1/index.php

Abstract

Hujan merupakan salah satu elemen penting dalam proses dan perubahan bentuk bumi. Penganalisisan terhadap data hujan akan dapat menentukan pelbagai impak yang berlaku di atas permukaan bumi seperti kadar luahan, aliran permukaan, air dalam tanah, hakisan tanih, meramalkan dan menetukan kejadian banjir. Trend jangka panjang dan juga intensiti sering dikaitkan sebagai penyumbang kepada peningkatan kadar hakisan permukaan di kawasan yang dibangunkan. Dalam penulisan ini, fokus diberikan kepada tindakan hujan terhadap masalah hakisan tanih yang berlaku di tapak kampus baharu UPSI yang sedang dibangunkan. Penelitian terhadap ciri hujan, pengaruh angin monsun, trend hujan jangkamasa panjang serta perkaitan hujan dengan kejadian hakisan dilakukan. Hasil kajian menunjukkan trend hujan jangkamasa panjang di Tanjong Malim adalah meningkat dan sentiasa melebihi 2400 mm setiap tahun. Kawasan kajian sedang dibangunkan terletak di kaki bukit dan Banjaran Titiwangsa sentiasa menerima hujan lebat dengan jumlah yang tinggi dari jenis hujan bukit dan hujan perolakan. Selain itu, didapati bulan November dan April merupakan bulan-bulan yang mempunyai purata hujan bulanan yang tinggi. Jumlah hujan yang tinggi dan kerap menyumbang kepada kadar hakisan permukaan yang tinggi, menyebabkan banyak alur sungai semulajadi tertimbus, terbentuk alur-alur baharu seperti galir dan galur serta berlakunya proses pemendapan di kawasan sungai dan tasik. Analisis ciri-ciri hujan adalah sangat penting dalam menyediakan maklumat asas tentang potensi hakisan serta pengekalan paras air dalam kawasan tadahan serta membantu pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam pembukaan kawasan tanah secara besar-besaran di kawasan ini. Ciri dan trend hujan yang ditunjukkan dapat memberi gambaran tentang bagaimana aktiviti pembangunan yang ingin dijalankan perlu dirancang terlebih dahulu agar kesan negatif seperti hakisan tanih dapat dikurangkan.

Item Type:Article
Keywords:hakisan permukaan; langkah mitigasi hakisan; pemendapan; pengurusan cerun; saliran tiruan; trend hujan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:3608
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:01 Mar 2012 03:32
Last Modified:14 Dec 2016 06:34

Repository Staff Only: item control page