Pembangunan sosioekonomi dan pandangan belia terhadap isu semasa di kawasan Parlimen Batu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Mohd Fuad Mat Jali, and Junaidi Awang Besar, (2012) Pembangunan sosioekonomi dan pandangan belia terhadap isu semasa di kawasan Parlimen Batu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (2). pp. 67-76. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
733kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/geografia/v1/index.php

Abstract

Kawasan Parlimen Batu terletak di bahagian utara Kuala Lumpur merangkumi sebahagian besar bandar raya Kuala Lumpur di kawasan selatan. Secara keseluruhannya, ia dilingkungi oleh kawasan bandar raya, pekan, taman-taman perumahan serta kampung Melayu tradisi dalam bandar yang sedang mengalami kemajuan pesat. Pembangunan dan proses perbandaran di kawasan ini menghasilkan perubahan gunatanah yang pesat, seiring dengan pemodenan dan pertambahan penduduk seterusnya meningkatkan kemajuan sosioekonomi penduduk setempat. Justeru, artikel ini akan menjelaskan keperluan pembangunan serta pendapat umum pengundi di kawasan Parlimen Batu. Hasil kajian mendapati bahawa penduduk di kawasan Parlimen Batu memerlukan perkara-perkara seperti perumahan; peluang pekerjaan; penyelesaian kepada kesesakan trafik; lot parking kenderaan yang mencukupi, kemudahan sanitasi/tempat pembuangan sampah yang baik dan mencukupi; serta penambahbaikan terhadap beberapa kemudahan infrastruktur seperti klinik, lot-lot perniagaan, jejantas, surau, dewan orang ramai, padang sukan, pejabat pos dan pondok polis mengikut kawasan daerah mengundi masing-masing. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa 73.1 peratus di kalangan mereka (belia) menyokong hasrat Kerajaan dalam memperkukuhkan agenda pembangunan belia negara dan 71.0 peratus menyatakan gagasan “1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” disokong, dihayati dan dimanifestasikan oleh belia. Dari aspek governans pula, 70.7 peratus responden menyatakan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) untuk wakil rakyat dan Menteri adalah baik dan mempengaruhi sokongan rakyat terhadap kerajaan dan dasar/pembaharuan yang dilakukan oleh kepimpinan Perdana Menteri dalam memantapkan pembangunan negara terus mendapat sokongan belia (70.9 peratus). Parti politik yang akan diundi pada pilihan raya umum akan datang ialah BN (54.7 peratus) dan PKR (30.3 peratus) manakala selebihnya adalah tidak pasti. Belia di kawasan Parlimen Batu juga menjangkakan BN akan berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Batu dengan peratusan sebanyak 56.1 peratus.

Item Type:Article
Keywords:1Malaysia; belia tempatan; governans baik; pembangunan lokal; politik pembangunan; tanggapan awam
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:3611
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:01 Mar 2012 03:58
Last Modified:14 Dec 2016 06:34

Repository Staff Only: item control page