Penilaian semula historiografi Malaysia melalui sejarah lisan

Rahilah Omar, and Siti Fathihah AL, (2012) Penilaian semula historiografi Malaysia melalui sejarah lisan. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 8 (2). pp. 77-87. ISSN 2180-2491

[img]
Preview
PDF
234kB

Official URL: http://pkukmweb.ukm.my/geografia/v1/index.php

Abstract

Sejarah lisan bermaksud suatu proses menghasilkan sumber –sumber sejarah melalui teknik temubual/wawancara atau soal jawab yang dibuat menggunakan pita rakaman mahupun proses transkipsi. Pengumpulan, penyalinan semula, penyusunan, penerbitan dan penyimpanan rakaman keterangan-keterangan yang dibuat oleh individu yang mempunyai kaitan dengan sesuatu peristiwa yang menarik perhatian penyelidik, dilakukan berpandukan sistem tertentu adalah sebahagian daripada sejarah lisan. Di Malaysia, kaedah inquiry ini masih merupakan satu kaedah yang masih baru malahan penggunaan kaedah ini sebagai satu kegiatan yang praktikal dalam pengkajian sejarah negara masih belum diterima keseluruhannya. Keraguan terhadap kebenaran yang diperoleh melalui kaedah sejarah lisan menyukarkan bidang ini untuk berkembang dengan pesat di negara ini. Namun demikian, dengan berpandukan kepada kaedah dan teknik yang sistematik dan benar, sejarah lisan nyata mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Pemantapan sejarah lisan dalam menulis kembali historiografi Malaysia akan memberikan satu nilai dan pandangan yang baru. Penulisan sejarah terutamanya berkaitan peristiwa penting dalam perkembangan negara perlu diungkap kembali atas dasar wujudnya perbezaan pandangan berdasarkan kepada perbezaan sumber yang diperolehi. Peristiwa Memali mengungkapkan perbezaan cerita berdasarkan sisi masing-masing, antara pihak polis, kerajaan dan pihak pelaku.

Item Type:Article
Keywords:historiografi; kaedah inkuiri; kaedah temubual; konsep bias; peristiwa Memali; sejarah lisan
Journal:Geografia ; Malaysian Journal of Society and Space
ID Code:3612
Deposited By: Mr Azam
Deposited On:01 Mar 2012 04:05
Last Modified:14 Dec 2016 06:34

Repository Staff Only: item control page