Kecelaruan psikogeriatrik di kalangan warga tua: satu kajian awal

Ponnusamy Subramaniam, and Azlina Wati Nikmat, and Shazli Ezzat Ghazali, (2009) Kecelaruan psikogeriatrik di kalangan warga tua: satu kajian awal. Jurnal Sains Kesihatan Malaysia, 7 (1). pp. 37-47. ISSN 1675-8161

[img] PDF
Restricted to Repository staff only

123kB

Official URL: http://www.fsk.ukm.my/jurnal/jilid%207%281%292009/...

Abstract

Satu kajian awal bagi menyaring kecelaruan psikogeriatrik di kalangan warga tua telah dijalankan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan peratusan kes kecelaan kognitif, strok dan kemurungan dalam sampel populasi yang berumur di antara 60-89 tahun. Seramai 40 orang subjek dan pemberi maklumat subjek di sekitar Lembah Kelang, Kuala Lumpur dan Selangor dipilih. Alat penyaringan yang digunakan dalam kajian ini ialah Psychogeriatric Assessment Scale (PAS). Psychogeriatric Assessment Scale (PAS) terdiri daripada dua bahagian iaitu laporan subjek dan laporan pemberi maklumat subjek. Laporan subjek digunakan untuk menyaring kecelaan kognitif, strok dan kemurungan. Manakala laporan pemberi maklumat subjek digunakan untuk menyaring kemerosotan kognitif, strok dan perubahan tingkah laku subjek. Dapatan kajian menunjukkan peratusan kes kecelaan kognitif (lelaki 67% kes, perempuan 64.3% kes) dan strok (lelaki 75% kes, perempuan 64.3% kes) yang tinggi di kalangan subjek lelaki dan wanita. Terdapat juga hubungan yang signifikan di antara laporan subjek dengan laporan pemberi maklumat subjek mengikut setiap skala PAS. Alat ujian psikologi PAS mampu menyaring masalah psikogeriatrik di kalangan warga tua dan ketepatan penyaringan dapat dinilai dengan data pemberi maklumat daripada alat ujian PAS. Penyaringan psikogeriatrik adalah penting untuk mengenal pasti kehadiran kecelaan fungsi kognitif dan kemurungan di kalangan warga tua pada peringkat awal.

Item Type:Article
Keywords:Warga tua; Penilaian Psikogeriatrik; Kecelaan Kognitif
Journal:Jurnal Sains Kesihatan Malaysia
ID Code:3630
Deposited By: Ms Nur Asyikin Lut Ahmad
Deposited On:02 Mar 2012 02:18
Last Modified:14 Dec 2016 06:34

Repository Staff Only: item control page